Pengalaman menukar Unifi ke Astro Fiber

Setelah berfikir sedalam-dalamnya, saya membuat keputusan penting untuk menukar perkhidmatan Unifi saya kepada Astro Fiber. Salah satu faktor utama yang mempengaruhi keputusan ini adalah keupayaan Astro Fiber untuk menjimatkan wang sebanyak RM20 setiap bulan apabila saya mengambil pakej Astro + internet dengan kelajuan 50mbps berbanding Unifi yang hanya 30mbps sekarang ni. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam menukar perkhidmatan ini.

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil untuk menukar Unifi kepada Astro Fiber.
Ada dia cara. Pertama sekali, kita boleh log masuk ke laman web Astro untuk memulakan proses penukaran perkhidmatan. Cara kedua adalah dengan menghubungi customer service Astro. Sila ikut arahan dan mudah sahaja.

Kemudian pihak Astro memberikan  transfer ID yang diperlukan untuk memindahkan langganan kita dari Unifi ke Astro Fiber.

Langkah seterusnya, kita perlu mengunjungi TM Point untuk membatalkan langganan Unifi dan memberikan transfer ID kepada pihak TM. Pihak TM akan memproses pemindahan langganan kita dari Unifi kepada Astro Fiber. Kita juga perlu memaklumkan kepada Astro bahawa langganan Unifi sudah dibatalkan agar mereka dapat memproses pemasangan Astro Fiber dengan segera dan mengelakkan orang lain mengambil port internet yang kita tinggalkan.

Astro akan menetapkan tarikh pemasangan Astro Fiber. Pada hari tersebut, juruteknik Astro akan tiba di rumah kita untuk memasang perkhidmatan baru ini. Mereka akan memasang peranti-peranti yang diperlukan dan memastikan Astro Fiber berfungsi dengan baik. Saya gembira dan tidak sabar untuk menerokai kelajuan internet yang lebih laju.

Bagaimanapun, sebelum menukar perkhidmatan dari Unifi kepada Astro Fiber, adalah penting untuk memahami terma dan syarat yang terlibat. Seterusnya, saya akan mengutarakan terma dan syarat secara ringkas yang perlu diambil perhatian semasa menukar perkhidmatan.

Pertama sekali, langganan Astro sedia ada perlu diteruskan sekurang-kurangnya selama 24 bulan setelah naik taraf. Sementara itu, pelanggan baru yang mendaftar untuk tawaran ini juga dikehendaki mengekalkan langganan mereka selama 24 bulan. Jika pelanggan tidak ingin memperbaharui langganan mereka selepas tempoh tersebut, mereka perlu memberikan pemberitahuan bertulis kepada Astro selama 30 hari sebelum tamat tempoh kontrak.

Selain itu, jika pelanggan memilih untuk menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh kontrak (24 bulan) berakhir, mereka akan dikenakan bayaran pembatalan awal. Jika pelanggan ingin memindahkan langganan mereka ke alamat yang lain, mereka perlu menandatangani kontrak baru selama 24 bulan dan membayar bayaran penempatan semula standard yang dikenakan.

Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menjaga serta menggunakan peranti Astro dengan berhemah. Jika peranti-peranti ini rosak akibat kecuaian atau peninggalan pelanggan, mereka perlu membayar bayaran yang dikenakan untuk pembaikan atau penggantian peranti tersebut.

Selain itu, Astro berhak menggantung atau menamatkan akses pelanggan kepada Astro Fiber pada bila-bila masa jika pembayaran tidak diterima pada jangka masa yang ditetapkan.

Dalam kesimpulannya, menukar perkhidmatan dari Unifi kepada Astro Fiber boleh memberikan saya banyak manfaat. Selain daripada dapat menjimatkan wang sebanyak RM20 setiap bulan, kelajuan internet Astro Fiber yang lebih laju juga akan memberikan saya pengalaman yang lebih memuaskan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth