Pengalaman Ujian Pendengaran di Hospital Pulau Pinang: Satu Pengembaraan yang Membuka Mata

Ujian pendengaran merupakan proses penting bagi individu yang menghadapi masalah pendengaran. Ke hadapan kita kali ini, akan dikongsi pengalaman saya yang menjalani ujian pendengaran di Hospital Pulau Pinang. 

Saya bertolak dari Sungai Dua pada pukul 6:45 pagi dengan harapan untuk sampai tepat pada masanya. Namun, saya terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yang ketara dari Seberang Jaya menuju jambatan Pulau Pinang. Walaupun demikian, saya tiba di Hospital Pulau Pinang pada pukul 8 pagi.
Saya mengambil keputusan untuk berparkir di parking bertingkat. Setelah pusing naik beberapa kali, saya mendapat tempat di tingkat 5. Setelah berjalan kaki selama 3 minit dari tempat letak kereta ke bangunan utama hospital, saya terus ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui di mana tempat untuk menjalani ujian pendengaran.
Terkejut juga setelah mendapati bahawa tempat ujian pendengaran terletak berhampiran dengan kaunter pertanyaan itu sendiri. Ketibaan saya pada pukul 8:15 pagi. Walaupun begitu, terdapat ramai orang yang telah menunggu sejak awal pagi.
Setelah menunggu sekian lama, akhirnya nombor giliran saya dipanggilpada pukul 10:38 pagi. Ujian pendengaran ini terdiri daripada dua bahagian. Yang pertama, menggunakan satu alat untuk melihat gegaran gegendang telinga. Ujian kedua menggunakan headphone untuk menguji pendengaran di dalam bilik yang kalis bunyi. Kedua-dua ujian Memakan masa kira-kira 10 minit, ujian ini adalah penting bagi mendapatkan data mengenai tahap pendengaran seseorang individu.
Selepas ujian pertama selesai, saya diminta duduk di luar sementara proses penyediaan laporan hasil ujian dilakukan. Masa menunggu 10 minit dan Akhirnya, laporan tersebut siap  dan saya diarahkan untuk membawanya ke temujanji di Hospital Seberang Jaya. Keputusan pendengaran saya dipaparkan dalam laporan tersebut.

Akhir sekali, pengalaman ini memberikan gambaran keseluruhan mengenai proses ujian pendengaran di Hospital Pulau Pinang. Walaupun saya mengalami beberapa cabaran dalam memperoleh rawatan, saya berharap artikel ini dapat memberikan panduan dan kepahaman yang lebih baik kepada mereka yang sedang atau bakal menjalani ujian pendengaran. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth