Ada ketikanya McDonald's lah yang kita cari
Semalam saya ada cerita yang saya memang tak pergi sangat McD. Tapi ada satu ketika yang saya memang terdesak cari McD iaitu ketika saya di Shanghai dan Suzhou, China. Masa tu pergi atas urusan kerja dan ada staff dari Shanghai yang bawa kami makan.
Namun tempat makan yang dia bawa selalunya kami tak lalu makan. Ada ke patut dia order siput babi untuk kami. Manalah kami tahu sebab depa cakap Mandarin. Lama juga kami tunggu order siap dan bila sampai tengok rupanya siput babi, kecewa ooo. Order ikan goreng pun problem juga. Ikan goreng depa tak letak kunyit dan goreng gitu je. Masuk tekak rasa macam nak keluar balik. Gitu juga dengan lauk lain. Sambal pun depa tak tumis. Cili kering tu depa blender dan rebus gitu je untuk jadi sambal.
Masuk hari ketiga kami decide untuk makan sendiri untuk tengah hari dan malam. Bila kita di tempat asing, kita mesti akan cari benda yang kita kenal terlebih dahulu. Yang kita kenal kat sana dan rasa ada benda boleh makan cuma McD dan Burger King sahaja. Maka tengah hari kami akan makan fillet O Fish McD dan malamnya kami akan makan versi Burger King pula. Begitulah kami ulang selama beberapa hari. Pagi makan kat hotel tapi cuma berani ambil bubur yang diletak daun bawang dan kacang goreng sahaja.
Shanghai lah pengalaman paling susah nak cari makan. Bukan sebab depa Cina. Berbeza dengan Taipei yang memang banyak seafood dan rasa dia kena dengan selera orang Malaysia. Kat Taipei saya rasa mewah makan. Shanghai pula cara masak dia lain. Memang saya tak lalu.
Ulasan
Catat Ulasan