Alat periksa harga di Lotus rosak? Ini cara alternatif yang mudah untuk check harga
Mesti anda pernah mengalami pengalaman di Lotus dimana anda ada masalah untuk mencari alat untuk periksa harga, dan kalau anda jumpa sekalipun, mungkin alatnya sudah pun rosak. So kali ni saya nak tunjukkan cara yang mudah bagaimana kita boleh periksa harga dengan hanya menggunakan aplikasi dari telefon bimbit sahaja.
Mula-mula kita ke Google appstore. Kemudian kita cari aplikasi yang bernama Lotus Scan and Shop. Selepas install kita pun daftar seperti applikasi biasa. Selepas daftar kita akan jumpa bahagian yang bertanyakan kita shopping di lokasi mana. Saya pilih lokasi Bagan Ajam.
Selepas tu kita dah boleh cuba guna aplikasi ini. Sekarang jom kita cuba dengan benda yang memang sudah ada tanda harga. Tujuan adalah hanya untuk kita sahkan samaada aplikasi ini boleh dipercayai atau tidak. Boleh dipercayai.
Okey jom kita periksa harga benda ini pula. Oh rupanya benda ini kalau kita beli satu, harganya adalah 89sen, tetapi kalau kita beli 3, kita dapat harga RM2 sahaja. Jom kita sahkan betul ke Kita boleh dapat harga RM2 kalau kita beli 3 benda ni. Ternyata barang ni memang boleh dapat harga RM2 jika kita beli tiga.
Kesimpulannya applikasi ni memang terbaik dan memudahkan pelanggan. Saya nasihatkan anda untuk instoll aplikasi ini selepas video ini supaya anda tidak terlupa. Agak payah kalau di Lotus baru kita teringat nak instoll applikasi ini. Saya juga berharap supaya kedai lain contohnya Mr. DIY juga disediakan applikasi seperti ini untuk memudahkan pelanggan. Diharap video ini membantu anda.
Ulasan
Catat Ulasan