Cara mudah untuk berlatih percakapan dalam bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang agak sukar untuk dikuasai terutama oleh orang Melayu sedangkan dalam dunia yang penuh dengan cabaran ekonomi sekarang ini, sudah tentu bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang wajib untuk digunakan termasuklah dalam mendapatkan pekerjaan. Tapi malangnya ramai orang Melayu termasuklah diri saya yang sudah berusia masih lagi tidak mampu untuk bertutur dan memberi arahan dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Mungkin kerana faktor geografi seseorang contohnya seperti membesar di kampung yang kurang peluang untuk bertutur dalam bahasa Inggeris serta malu jika diejek oleh kawan kawan membuatkan orang seperti ini agak ketinggalan dalam penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun saya mempunyai pengalaman yang baik dalam bahasa Inggeris dan pernah menjawat jawatan yang tinggi di dalam syarikat multinasional, saya tidak malu untuk mengakui bahawa bahasa Inggeris adalah halangan terbesar untuk saya berjaya.
Sekalipun saya graduan dari Jepun dan boleh berbahasa Jepun, tetapi di Malaysia bahasa Inggeris tetap menjadi keutamaan dalam kerjaya contohnya dalam menjawat jawatan tinggi dalam syarikat Jepun. Jika anda fasih berbahasa Jepun tahap tertinggi sekalipun tetapi anda tidak boleh berbahasa Inggeris, anda layak sebagai staff biasa sahaja di syarikat Jepun.
Hari ini saya menjumpai satu aplikasi baru di Google app Store iaitu cc your helpful Friend. Ianya boleh digunakan untuk latihan percakapan dalam bahasa Inggeris. Saya telah mencubanya selama hampir 20 minit dan saya dapati bahawa aplikasi ini benar-benar boleh membantu saya dalam pertuturan dalam bahasa Inggeris yang telah lama saya tinggalkan. Aplikasi nya adalah percuma dan saya bagi saya ianya adalah amat mudah untuk digunakan dan segala percakapan ataupun perbualan yang kita lakukan bersama Cici tu nampaknya adalah releven. Seolah-olah kita bersembang dengan orang sebenar.
Jadi kepada siapa-siapa yang ingin memperbaiki pertuturan dalam bahasa Inggeris maka saya cadangkan anda menggunakan aplikasi ini. Jika anda sudahpun mengguna aplikasi ini, sila kongsikan pendapat anda tentang aplikasi ini. Adakah applikasi ini membantu anda dalam menambah keyakinan dal berbahasa Inggeris ataupun tidak?
Ulasan
Catat Ulasan