Masalah yang Perlu Anda Ketahui sebelum membeli rumah di Bertam, Pulau Pinang

Pembelian sebuah rumah merupakan satu keputusan besar yang memerlukan pertimbangan yang teliti. Salah satu aspek yang penting untuk difahami adalah kemudahan dan kekurangan yang ada di tempat tersebut. Nedakan, baru-baru ini saya telah melakukan satu soal selidik mengenai apa yang sering menjadi keluhan penduduk Bertam, sebuah bandar kecil di Pulau Pinang yang semakin menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari rumah.
Dari soal selidik yang dijalankan, ternyata kebanyakan penduduk di Bertam sering mengadu tentang pelbagai masalah. Antara yang paling kerap menjadi tumpuan ialah isu trafik yang menyusahkan. Kelewatan perjalanan disebabkan oleh terlalu banyak lampu isyarat yang diperlukan untuk sampai ke destinasi. Masalah ini menjadikan perjalanan di dalam bandar tersebut menjadi amat perlahan.

Selain itu, kekurangan mesin ATM berbanding jumlah penduduk turut menjadi satu masalah di Bertam. Mesin ATM hanya disediakan di dalam Mydin, dan difahamkan hanya 1 ATM sahaja disediakan. Keperluan untuk keluar dari kenderaan, mencari tempat letak kenderaan dan berjalan jauh masuk ke dalam Mydin menjadikan penggunaan mesin ATM menjadi sukar bagi penduduk di sana. Kadangkala mesin ATM tersebut rosak dan terpaksalah penduduk Bertam terpaksa ke Bertam Walk atau Kepala Batas untuk mengeluarkan wang. Sedangkan nak keluar ke sana mereka terpaksa menghadapi masalah lampu trafik seperti dinyatakan tadi. 

Masalah kelajuan internet yang lambat, terutama bagi pengguna Celcom dan Digi, juga menjadi satu keluhan yang boleh didengar di Bertam. Selain itu, kelajuan air di waktu puncak adalah perlahan, yang menyukarkan aktiviti harian seperti mandi atau memasak.

Selain itu ada sesetengah taman perumahan yang menerima angin dari pusat penternakan babi di Kampung Selamat. Oleh kerana itu mereka sering mendapat bau yang kurang menyenangkan terutamanya diwaktu petang dan juga selepas hujan. 

Kesimpulannya, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah di Bertam, adalah penting untuk anda memahami masalah-masalah ini terlebih dahulu. Semoga ini dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak dalam pembelian rumah. Terima kasih.

Sumber:
📸 Look at this post on Facebook
https://m.facebook.com/groups/2450431038543290/permalink/3531171997135850/?ref=share&mibextid=NOb6eG

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth