Masalah yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Rumah di Padang Serai, Kedah

Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pembeli rumah adalah Padang Serai, Kedah. Terletak bersempadan dengan Pulau Pinang dan berada dalam daerah Kulim, Padang Serai menjadi pilihan utama bagi ramai orang yang bekerja di Pulau Pinang kerana harga rumah yang lebih berpatutan. Namun, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah di sini, terdapat beberapa masalah yang perlu difikirkan secara mendalam.
Baru-baru ini, satu survey telah dijalankan untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Padang Serai. Salah satu masalah yang paling kerap disuarakan adalah mengenai tahap kebersihan di kawasan tersebut. Sebagai tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, ramai penduduk mempersoalkan keadaan kebersihan di sekitar Padang Serai dan menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas masalah ini.

Oleh kerana banyak taman perumahan baru dibuka serta peningkatan jumlah penduduk, maka keadaan traffik juga dikatakan semakin sesak terutamanya pada waktu puncak iaitu pergi dan pulang dari kerja. 

Tidak hanya itu, masalah jalan berlubang juga menjadi kebimbangan yang serius. Beberapa kawasan di Padang Serai dilaporkan memiliki jalan berlubang yang sering menjadi punca kemalangan. Ini bukan sahaja menjejaskan pengangkutan tetapi juga membahayakan nyawa pengguna jalan. 

Selain itu ada juga simpang simpang yang agak gelap ketika waktu malam dan membahayakan pengguna jalan raya yang ingin keluar dari simpang. 

Terdapat aduan tentang keadaan kawasan yang agak keras dan sering mengalami gangguan makhluk halus. Aduan ini agak janggal tapi aduan ini memang wujud. 
 Beberapa penduduk juga mengutarakan kebimbangan tentang pencemaran bau yang berpunca dari Kampung Selamat di Pulau Pinang, yang terkenal dengan kandang babi. Ada ketikanya penduduk di Padang Serai boleh terhidu bau yang tidak menyenangkan pada waktu senja atau selepas hujan.

Sebagai pembeli rumah yang bijak, adalah penting untuk mempertimbangkan keadaan keseluruhan kawasan, bukan hanya fasiliti rumah itu sendiri.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai masalah-masalah yang diutarakan, diharapkan pembeli rumah di Padang Serai dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan tepat. Namun Padang Serai tetap menjadi antara pilihan penduduk disekitar berdasarkan lokasinya yang bersempadan dengan Pulau Pinang, harga rumah yang menarik dan pelbagai kemudahan yang terdapat disekitarnya. Sekian terima kasih.

Sumber:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth