Pengalaman ke HQ Nestle di Petaling Jaya

Kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya melawat HQ Nestle Malaysia lebih 5 tahun dahulu. Saya ke sana atas urusan kerja kerana kami cuba membekalkan mesin. Beberapa hari sebelum tu saya terbaca berita mereka nak buka kilang Milo terbesar didunia di Rembau. 

HQ Office mereka terletak di Tingkat 22 menara Surian, Petaling Jaya. Masa naik lift saya perasan ada beberapa nama syarikat besar juga mempunyai pejabat disitu. Sementara nak menunggu waktu untuk bermesyuarat, kami diletakkan di lobi cuma lobi mereka berbeza sedikit berbanding dengan lobi-lobi di syarikat lain yang saya pernah pergi. 

Di sini terdapat banyak vending mesin dan kita boleh ambil semua yang ada di sana secara percuma. Maklumlah Nestle membekalkan banyak makanan contohnya Milo, Nescafe, kitKat, Maggi dan pelbagai lagi. Bila ada benda macam ni, maka kita tidaklah bosan untuk menunggu waktu untuk mesyuarat. Seingat saya bermacam-macam benda juga yang saya ambil. 

Alangkah bagusnya jika semua syarikat menyediakan minuman dan makanan seperti yang disediakan oleh Syarikat Nestle untuk tetamu. Lobi mereka pun selesa. Ini baru untuk tetamu. Untuk pekerja tak tahu lah apa lagi yang mereka dapat. 

Saya difahamkan Nestle bermula sebagai syarikat yang membuat makanan bayi. Semasa zaman perang, mereka membuat Maggi bertujuan untuk supply tentera dan juga orang awam. Nescafe pun wujud zaman perang 

Selepas mesyuarat di pejabat, saya ke kilang mereka yang terletak di Shah Alam pula. Kebanyakan mereka kerja dari zaman bujang sehingga pencen. Staff yang kami jumpa disana pun rata rata lagi beberapa tahun lagi nak pencen. Ada juga yang anak mereka pun bekerja di kilang yang sama. Kalau persekitaran kerja teruk, tentu kita tak bagi anak kita kerja sekali kan? 

Saya berpendapat, walaupun beberapa kali perang meletus di Palestin, impak terhadap Nestle agak kurang berbanding dengan McDonald's. 

Berkenaan mesin, kami tak dapat supply apa apa pun sebab mereka dah buat perolehan mesin lebih awal. Mesin pun banyak datang dari Europe dan mesin yang memang sudah established. Jika melalui kami, akan ada proses R&D. R&D nama gempak tapi risiko tinggi. ni saya nak ceritakan pengalaman saya melawat ke pejabat HQ Nestle Malaysia beberapa tahun dahulu. Saya ke sana atas urusan kerja kerana kami cuba membekalkan mesin. Beberapa hari sebelum tu saya terbaca berita mereka nak buka kilang Milo terbesar didunia di Rembau. 

HQ Office mereka terletak di Tingkat 22 menara Surian, Petaling Jaya. Masa naik lift saya perasan ada beberapa nama syarikat besar juga mempunyai pejabat disitu. Sementara nak menunggu waktu untuk bermesyuarat kami, diletakkan di lobi cuma lobi mereka berbeza sedikit berbanding dengan lobi-lobi di syarikat lain yang saya pernah pergi. 

Di sini terdapat banyak vending mesin dan kita boleh ambil semua yang ada di sana secara percuma. Maklumlah Nestle membekalkan banyak makanan contohnya Milo, Nescafe, kitKat, Maggi dan pelbagai lagi. Bila ada benda macam ni, maka kita tidaklah bosan untuk menunggu waktu untuk mesyuarat. Seingat saya bermacam-macam benda juga yang saya ambil. 
Alangkah bagusnya jika semua syarikat menyediakan minuman dan makanan seperti yang disediakan oleh Syarikat Nestle untuk tetamu. Lobi mereka pun selesa. Saya difahamkan Nestle bermula sebagai syarikat yang membuat makanan bayi. Semasa zaman perang, mereka membuat Maggi bertujuan untuk supply tentera dan juga orang awam. Nescafe pun wujud zaman perang 

Selepas mesyuarat di pejabat, saya ke kilang mereka yang terletak di Shah Alam pula. Kebanyakan mereka kerja dari bujang sehingga pencen. Staff yang kami jumpa disana pun rata rata lagi beberapa tahun nak pencen. 
Saya berpendapat, walaupun beberapa kali perang meletus di Palestin, impak terhadap Nestle agak kurang berbanding dengan McDonald's. 

Berkenaan mesin, kami tak dapat supply apa apa pun sebab mereka dah buat perolehan mesin lebih awal. Mesin pun banyak datang dari Europe dan mesin yang memang sudah established. Jika melalui kami, akan ada proses R&D. R&D nama gempak tapi risiko tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth