Pertimbangan Penting Sebelum Membeli Rumah di Klang

Sebelum sesiapa membuat keputusan untuk membeli rumah, terdapat pelbagai pertimbangan yang perlu diambil kira. Hal ini termasuklah lokasi rumah, kemudahan awam, serta masalah-masalah infrastruktur yang mungkin mempengaruhi keselesaan dan keselamatan penghuni. Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan adalah Klang, Selangor, yang terkenal sebagai kelas 1 Bandar yang penting di negara ini.

Baru-baru ini, satu survey telah dijalankan untuk mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di sekitar Klang. Satu perkara yang menarik perhatian adalah masalah kualiti jalan di kawasan tersebut. Klang merupakan pusat pengangkutan utama di negara ini dan menjadi nadi kepada import dan eksport. Oleh itu, banyak lori besar dan kenderaan berat melalui kawasan ini setiap hari. Namun, kualiti jalan di Klang tidak elok dengan banyaknya lubang-lubang yang boleh membahayakan pengguna jalan. Keadaan ini turut menyebabkan kerap berlakunya kemalangan dan kematian di kalangan penduduk tempatan.

Selain dari masalah lubang yang disebabkan oleh lori, tahap kelajuan lori lori tersebut juga mengundang bahaya dikalangan penduduk. Memang kita semua maklum yang pemandu lori masing-masing mengejar trip dan kadangkala mereka terbawa kenderaan laju dari had yang dibenarkan. Ini benar-benar merisaukan ibubapa apabila memikirkan keselamatan anak di sekolah kerana lori-lori ini juga melalui di depan kawasan sekolah. 

Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh penduduk Klang adalah kehadiran yang ramai tenaga kerja asing dari negara seperti Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Nepal, Myanmar dan pelbagai lagi dari dunia ketiga. Ini menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan. Boleh terasa kita seperti tinggal di negara mereka. Kalau kita menaiki bas, boleh dikatakan hampir kesemua bas dipenuhi dengan warga asing ketika ini. 

Masalah jalan yang beralun juga turut menjadi kebimbangan kepada mereka. Ada yang secara sinis mengumpamakan seperti mereka menunggang kuda ketika mereka menunggang motosikal di Klang. 

Jangan dilupakan bab banjir kerana banjir juga berlaku di sesetengah kawasan di Klang terutamanya di musim tengkujuh. Ada yang bersifat banjir kilat dan ada juga banjir yang memerlukan beberapa hari untuk surut. 

Dalam situasi ini, adalah penting bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli rumah di Klang untuk membuat pertimbangan yang teliti. Selain dari memastikan rumah tersebut bebas dari masalah banjir, juga perlu difikirkan tentang keselamatan di jalan-jalan yang berlubang dan sesak dengan lalu lintas. Juga, kesan kehadiran ramai tenaga kerja asing perlu diambil kira terutamanya dalam konteks keselamatan dan keseluruhan keselesaan hidup di kawasan tersebut.

Sebagai kesimpulannya, sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, adalah penting untuk mengambil kira semua aspek yang mungkin mempengaruhi kualiti hidup kita. Masalah infrastruktur seperti yang diperkatakan tadi bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan. Diharapkan, dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai masalah ini, bakal pembeli rumah di Klang dan kawasan sekitarnya dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan tepat.

Sumber:
📸 Look at this post on Facebook
https://m.facebook.com/groups/2450431038543290/permalink/3531171997135850/?ref=share&mibextid=NOb6eG

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth