Pertimbangan yang perlu sebelum membeli rumah di daerah Manjung

Manjung adalah salah satu daerah yang kian pesat membangun di Perak. Dengan projek rumah mampu milik yang banyak, ramai orang semakin tertarik untuk mempertimbangkan membeli rumah di sini. Bayangkan rumah teres setingkat yang berharga di bawah RM300 ribu masih banyak dijual di sini, sedangkan di Kuala Lumpur atau Lembah Klang, harga RM300,000 hanya cukup untuk membeli sebuah apartment. Namun, sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah di Manjung, ada baiknya untuk kita mempertimbangkan baik buruknya.
Satu soal selidik telah dilakukan terhadap penduduk di sekitar Manjung untuk mengetahui apakah Manjung merupakan tempat yang bagus atau tidak untuk dihuni, dan apa pendapat mereka. Banyak yang berpendapat bahwa masalah lalat adalah isu utama di daerah Manjung. Selain itu, Manjung terkenal dengan Ayam Dindings, sebuah kilang pemproses ayam yang boleh dikatakan antara yang terbesar di Malaysia. McDonald's pun dikatakan mendapatkan bekalan ayam dari kilang tersebut.

Disebabkan kilang besar tersebut, banyak reban ayam besar juga terdapat di Manjung, kebanyakannya beroperasi di celah-celah ladang kelapa sawit tanpa menggunakan teknologi yang terkini. Hal ini menyebabkan gangguan lalat kepada penduduk setempat. Masalah lain yang terdapat di Manjung termasuklah jumlah lampu trafik dan cara pemanduan yang boleh dikatakan santai ketika di lampu trafik memberikan masalah kepada kenderaan di belakang yang mungkin tidak lepas lampu hijau. 

Manjung juga terletak di tepi laut dan cuaca di Manjung seluruhnya kering dan panas, yang mungkin menjadi masalah kepada orang yang tidak biasa dengan keadaan cuaca di Manjung. Namun, kebaikannya adalah jarang terdapat banjir di daerah Manjung.

Walaupun harga rumah di Manjung lebih murah berbanding dengan bandar-bandar lain, namun peluang pekerjaan di sana adalah terhad dan kebanyakannya menawarkan gaji yang lebih rendah dari purata. Ini menyebabkan orang-orang yang bekerja di sana, sukar untuk memiliki rumah. Ada trend dikalangan pemaju yang berharap agar pembeli dari luar daerah atau luar negeri membeli rumah di sana.

Apabila melibatkan pemilihan Sekolah Menengah Berasrama Penuh atau MRSM, penduduk di Manjung mungkin menghadapi cabaran, kerana tiada sekolah berasrama penuh atau MRSM yang terdapat di sini. Ini adalah tidak adil jika dibandingkan dengan daerah Bagan Datuk yang mempunyai 2 sekolah berasrama penuh walaupun jumlah penduduk yang kurang dari daerah Manjung. 

 Walaupun demikian, rata-rata penduduk di daerah Manjung merasa berpuas hati dengan suasana di sana yang tenang dan bersih, berbeza daripada bandar-bandar lain. Maklumlah Manjung daerah pelancongan.

Dengan segala hal yang perlu dipertimbangkan, memilih untuk menjadi penduduk di Manjung mungkin bukan keputusan yang mudah. Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada yang membacanya. Sekian terima kasih.

📸 Look at this post on Facebook
https://www.facebook.com/share/xhMrcCn1tzRBRpZE/?mibextid=A7sQZp

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth