Sebelum Membeli Rumah di Ipoh: Adakah Ia Pilihan Terbaik?

Sebelum pembelian rumah, adalah penting untuk membuat pertimbangan yang teliti mengenai tempat yang dipilih. Baru-baru ini, ada satu kajian mengenai pendapat orang mengenai bandar Ipoh, ibu negeri Perak yang kini sedang pesat membangun dengan pelbagai tarikan baru di sekitarnya.
Banyak projek pembinaan perumahan baru sedang dijalankan di Ipoh, namun perancangan bandarnya tidak seperti yang diharapkan. Bukan setakat perancangan tetapi perlaksanaan juga agak mengecewakan dimana ada kes sampah tidak dikutip mengikut jadual. 


 Antara masalah yang kerap menjadi tumpuan adalah keadaan trafik yang sesak dan keadaan jalan yang mengecewakan. Banyak pihak mengkritik bahawa jalan di Ipoh penuh dengan lubang, sehingga ada yang secara sinis mengumpamakannya seperti jalan di bulan.

Selain itu, terdapat kekurangan peluang pekerjaan yang berbaloi di Ipoh, dengan gaji yang rendah berbanding bandar-bandar besar lain. Harga rumah semakin mahal dan membuatkan ianya semakin sukar dibeli oleh penduduk setempat yang bekerja di Ipoh. Kini terdapat trend dimana pemaju dan ejen hartanah mengharapkan pembeli dari negeri lain untuk membeli rumah di Ipoh. 

 Di samping itu, mencari kedai makan yang sedap juga menjadi satu cabaran di sini. Ini jarang diperkatakan oleh penduduk dikawasan lain. Selalunya harga makanan yang diperkatakan dan bukannya sedap atau tidak sedap. 
Apa pun secara keseluruhan Ipoh adalah bandar yang masih selesa untuk diduduki jika anda mengetahui caranya. Ada sesetengah kawasan mempunyai pandangan bukit yang menarik dan membuatkan hati kita boleh jadi tenang. Maka tak hairanlah hospital bahagia pun ada disini. 

Kesimpulannya, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah di Ipoh, adalah penting untuk mempertimbangkan perkara-perkara yang telah disebutkan tadi. Semoga ini menjadi panduan yang berguna untuk anda dalam membuat keputusan yang bijak. Terima kasih.

Sumber:
📸 Look at this post on Facebook
https://m.facebook.com/groups/2450431038543290/permalink/3531171997135850/?ref=share&mibextid=NOb6eG

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth