Apa yang selalu suami bisingkan masa bini bawa kereta
Memandu kereta sememangnya satu tugas yang memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi. Namun, bagi sesetengah suami, apabila isteri memandu, segala macam komen dan pesanan keluar dari mulut mereka seperti air paip pecah. Di sebalik kebisingan yang dibuat oleh suami, isteri pula merasa terganggu dan hilang fokus semasa memandu.
Suami suka memberi arahan dan pesanan ketika isteri sedang memandu. Antara pesanan yang sering dikeluarkan ialah "Tolong bawa kereta perlahan sedikit", "Jangan lupa bagi isyarat belok", "Parking tak elok" dan sebagainya. Sepatutnya, pesanan suami ini sepatutnya membantu isteri untuk memandu dengan lebih berhati-hati. Namun, kadangkala suami terlalu berlebihan hingga membuatkan isteri hilang fokus dan menjadi bingung.
Isteri pula memberi komen bahawa suami mereka mengalahkan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan segala komen dan arahan yang diberikan ketika mereka sedang memandu. Isteri juga merasakan bahawa suami seolah-olah menjadi 'instructor' ketika mereka sedang memandu, dan ini pasti membuatkan sesiapa sahaja hilang fokus.
Selain itu, isteri juga mengatakan bahawa mereka tidak suka memandu ketika ada suami di sebelah. Suami yang terlalu kritikal dan mengeluarkan pelbagai arahan membuatkan isteri merasa tertekan dan hilang keyakinan dalam memandu. Malah, isteri juga menyatakan bahawa suami mereka seolah-olah menjadi 'boss' ketika berada di sebelah penumpang.
Yang selalu suami bisingkan:
Tolong Bawa kereta perlahan sedikit!
Tolong jaga jarak dengan kereta depan!
Jangan dah dekat baru nak brek!
Ada lubang di depan!
Gear N bila berhenti
Janga lupa bagi isyarat belok!
Jangan ambil jalan orang!
Parking tak elok!
Tolong Alert takut ada orang keluar dari tepi!
Dah tahu ada bonggol masih nak bawa laju
Masa kereta tak ada tak nak potong. Bila kereta banyak baru nak potong!
Memang ramai pemandu wanita yang bawa kereta secara cuai dan memang patut pun suami berperangai begitu. Namun isteri juga perlu fokus pada jalan pada masa yang sama.
Jadi, kepada suami yang suka bising semasa isteri memandu, sila ambil perhatian bahawa isteri juga perlukan ruang dan ketenangan semasa memandu. Janganlah terlalu berlebihan memberi pesanan dan arahan, kerana ini pasti akan membuatkan isteri hilang fokus dan memandu dengan tidak yakin. Selamat memandu!
📸 Look at this post on Facebook
https://m.facebook.com/groups/171952659804422/permalink/2093099851023017/?ref=share&mibextid=NOb6eG
Ulasan
Catat Ulasan