Cikgu Sekolah Sains Galakkan Pelajar Pindah Ke Sekolah Biasa: Sorotan Pengadu

Seorang Cikgu Sekolah Sains di Hilir Perak didakwa telah menggalakkan pelajar untuk bertukar ke sekolah biasa jika mereka rasa tidak mampu untuk mengikuti cara pembelajaran disana. Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan menganggap walaupun ada kewajaran berkata demikian tetapi tindakan cikgu tersebut tidak adil dan tidak sepatutnya dilakukan.

Menurut pengadu, tindakan tersebut dilakukan kepada hampir 2 kelas pelajar sekolah tersebut. Beliau mencadangkan agar cikgu yang melakukan tindakan tersebut diberi peluang mengajar di kawasan pedalaman atau di sekolah yang mungkin memerlukan bantuan yang lebih besar. Beliau turut menekankan pengorbanan yang telah dilakukan oleh cikgu-cikgu lain yang tidak mendapat pengiktirafan, seperti naik bot berjam-jam, naik keretapi seawal pukul 4 pagi, dan mengajar murid-murid kelompok OKU dan pelbagai lagi. 

Ditambah lagi, beliau menyuarakan bahawa walaupun telah diberi peluang mengajar murid terpilih, cikgu tersebut kelihatan seperti tidak bersyukur. Beliau merayu agar tindakan seperti ini tidak berulang dan semua pihak perlu menghormati pengorbanan dan usaha para pendidik lain.

Kesemua pihak yang terlibat perlu mempertimbangkan dengan lebih mendalam mengenai isu ini dan memastikan keadilan kepada semua pelajar serta menghargai pengorbanan para pendidik lain yang telah memberikan segala-galanya untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan