Dakwaan penduduk Pangsapuri Samudera yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib
Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pangsapuri Samudera Seri Manjung. Dakwaan mengenai Kualiti rumah dan kehidupan penduduk merupakan aspek penting yang harus dijaga dan diberi perhatian yang serius. Mereka berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera untuk mengembalikan keamanan dan keselesaan hidup penduduk pangsapuri ini.
Maklumat dari Facebook group
1. 1st time buat apartment pun penuh dgn KEGAGALAN.. bangunan banyak defect, brg2 yg dorg guna murah cap ayam... sinki punya paip semua nya x ada trap.. lot parking yg entah apa2..
2. Rumah apartment, tapi pemaju pergi declare condo dekat MPM.. tak pasal2 kami nk pasang meter TNB kena cas rm720 level condo.. mcm haram jadah pny pemaju..
3. Ramai owner yg dh lama beli sampai sekarang tak dapat lagi geran strata.. abg jadi pemaju, adik jadi lawyer yg urus kn agreement.. nmpk x dorg pny fmly bisnes? haha
Maklumat dari Change. Org
1. Pihak pengurusan yang sangat tidak efisien. AJK JMB yang tidak mewakili penduduk dan menyebelahi Pemaju. AJK tidak tinggal di PANGSAPURI SAMUDERA 1 secara langsung tidak memahami pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk.
2. Terdapat banyak kerosakan struktur yang membahayakan penduduk.
3. Pemasangan utiliti yang tidak selaras bagi kesemua blok kediaman dan keperluan yang masih tidak sempurna.
3. Terdapat banyak kerosakan 'defect' di dalam unit kediaman yang masih belum dibaiki. Kualiti bahan dan kelengkapan tidak berkualiti berbanding harganya.
Sebagai pengajaran, kejadian ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak terutam bakal pembeli rumah untuk lebih berhati-hati dalam membuat pilihan tempat tinggal. Memastikan projek terdahulu yang dibina oleh pemaju tertentu adalah satu langkah yang wajib dilakukan. Pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan juga seharusnya lebih teliti dan berhati-hati dalam menilai dan mengawasi pembinaan rumah di negara ini.
Ulasan
Catat Ulasan