Kemurahan hati warga Bayan Lepas menawarkan air percuma kepada mereka yang terputus bekalan air
Seorang penduduk dari Bayan Lepas, Pulau Pinang telah menunjukkan sikap kebajikan dan kepedulian yang tinggi terhadap sesama dengan menawarkan air percuma kepada mereka yang mengalami masalah bekalan air di kawasan Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Tindakan beliau ini telah menarik perhatian ramai netizen yang terharu dengan kebaikan hatinya.
Dalam sebuah posting yang telah viral di media sosial, individu tersebut menawarkan bantuan kepada penduduk yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan air. Dengan penuh ikhlas, beliau menulis, "Assalamualaikum sahabat kalau hampa x Dak ayaq boley Mai ambik kat sini Bayan lepas depan fizzy cafe.kampong belakang kedai gas. Hampa Mai gan moto boley masuk sampai dlm Kalau Mai keta hampa kena parking kat luaq. Boley la hampa buat tampong2 sementara nk tggu ayaq Mai... Mai ambik ja x payah bg tau sbb sya dah izin kan dlm ni."
Tindakan tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada netizen yang berkenaan. Ramai yang telah memberikan ucapan terima kasih dan doa kepada individu tersebut. Mereka turut mengingatkan bahawa kebaikan yang dilakukan pasti akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda.
Pada awalnya ada yang beranggapan bahawa air tersebut adalah percuma dari Bukit atau telaga tapi sebenarnya air tersebut adalah air pair biasa. Walaupun individu tersebut menawarkan air secara percuma, namun kos pembekalan air tersebut bukanlah percuma dan individu tersebut masih perlu membayar seperti biasa.
Kejadian ini telah menunjukkan bahawa sikap kebajikan dan kepedulian masih lagi wujud di kalangan masyarakat kita. Tindakan tersebut juga memberi pengajaran kepada kita semua bahawa kebaikan akan sentiasa mendatangkan keberkatan. Semoga tindakan tersebut dapat menjadi satu contoh yang baik kepada masyarakat lain untuk sentiasa membantu sesama dalam keadaan yang sukar. Syabas kepada individu tersebut atas kebaikan dan kepeduliannya terhadap sesama.
Ulasan
Catat Ulasan