Masalah yang perlu dipertimbangkan oleh bakal pembeli rumah di Shah Alam

Sebelum membeli rumah di Shah Alam, terdapat beberapa pertimbangan penting yang perlu difikirkan. Shah Alam adalah salah satu bandar yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Bandar ini semakin popular sebagai destinasi pembelian rumah kerana kemudahan yang disediakan serta keindahan bandar tersebut. Namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk membeli, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Pertimbangan pertama yang perlu difikirkan adalah mengenai kawasan banjir. Beberapa kawasan di Shah Alam seperti seksyen 13, seksyen 14, Seri Muda, TTDI, Seksyen 7, Seksyen 9, i-City, depan AEON, Eco Ardence, Setia Indah, dan Alameda Budiman diketahui sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan lebat. Oleh itu, bakal pembeli perlu mengelakkan kawasan tersebut untuk mengelakkan daripada menghadapi masalah banjir yang sering berlaku.

Selain itu, bakal pembeli perlu mengelakkan kawasan yang sering mengalami ganguan bekalan air. Hal ini adalah kerana kawasan Shah Alam, sama seperti tempat lain di negeri Selangor, selalu ada kerja penaiktarafan sistem bekalan air. Oleh itu, adalah penting untuk mencari rumah di kawasan yang bekalan airnya stabil dan tidak terputus-putus.

Pertimbangan seterusnya adalah mengenai kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Jalan utama di seluruh kawasan Shah Alam serta lebuhraya persekutuan sering mengalami kesesakan terutamanya semasa waktu puncak. Disamping itu, bakal pembeli perlu memilih kawasan yang mudah untuk mencari tempat parkir kereta bagi kemudahan diri sendiri dan juga tetamu yang berkunjung.

Selain itu, pengaruh bunyi juga perlu diambil kira sebelum membeli rumah. Bakal pembeli perlu mengelakkan rumah yang terlalu berdekatan dengan laluan kapal terbang kerana ini boleh menyebabkan gangguan bunyi yang tidak diingini. Kemungkinan kapal terbang jatuh juga perlu diambil kira. 

Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan adalah mengenai lokasi rumah yang berdekatan dengan kawasan industri. Kawasan seperti Seri Muda, Seksyen 15, dan yang berdekatan dengan kawasan industri diketahui kerap diduduki oleh warga asing. Ada penduduk tempatan yang menggelarkan sesuatu kawasan seperti Mini Dhaka atau Little Dhaka. Oleh itu, keselamatan peribadi dan juga keadaan persekitaran mungkin terjejas akibat daripada kehadiran warga asing ini.

Secara kesimpulannya, membeli rumah bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu dipertimbangkan dengan baik. Sebagai pembeli yang bijak, pastikan untuk melakukan kajian terperinci mengenai kawasan yang diminati sebelum membuat keputusan pembelian. Dengan melakukan ini, pembeli dapat memastikan bahawa mereka membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan mereka dan keluarga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth