Tarikan Baharu "Hobbitoon" Berdekatan Cameron Highlands: Destinasi Yang Membawa Fantasi Filem Lord of the Rings
Peminat filem Lord of the Rings pastinya akan teruja dengan tarikan baharu yang berkonsepkan ala Hobbiton yang akan dibuka berdekatan Cameron Highlands. Lokasi ini terletak antara Simpang Pulai ke Cameron Highlands, dalam negeri Perak. Dijangkakan akan mula beroperasi pada 1 Januari 2024 dengan harga tiket masuk sebanyak RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Beroperasi dari 9am hingga 6pm.
GPS location ada disediakan diakhir post
Hobbiton diinspirasikan dari kisah-kisah yang ditulis oleh J.R.R. Tolkien dalam buku serta filem Lord of the Rings. Dengan pemandangan yang menyerupai kawasan pedesaan di New Zealand seperti dalam filem, tarikan baharu ini dijangka menjadi destinasi yang sangat menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara.
Respons netizen terhadap pengumuman pembukaan Hobbitoon ini sangat positif. Ramai yang mengatakan lokasi tersebut cantik dan tidak sabar untuk mengunjunginya. Malah, banyak yang berkongsi bahawa mereka sangat teruja untuk melihat pemandangan berkabus yang terkenal dengan suasana alam sekitar Cameron Highlands.
Diharapkan dengan pembukaan Hobbitoon ini, ianya dapat memberi impak positif kepada industri pelancongan tempatan. Selain memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman seakan-akan berada di dalam filem Lord of the Rings, ia juga dapat menjadi tarikan baharu yang dapat menarik lebih ramai pelancong untuk menerokai keindahan Cameron Highlands.
Hobbitoon Village
📍 Hobbitoon, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, 31000 Sungai Raya, Perak.
Kredit Gambar Penny Chai
Ulasan
Catat Ulasan