Green View Garden Cameron Highlands - Destinasi Menarik Untuk Melawat
Green View Garden Cameron Highlands semakin popular di kalangan pengunjung tempatan dan pelancong kerana keunikan dan keindahan alam semula jadi yang ditawarkan. Dengan kawasan yang cantik, pengunjung boleh menikmati suasana yang tenang dan sejuk sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan.
Ianya terletak di berhampiran dengan sempadan Perak dan Pahang dan anda akan jumpa lokasi ini terlebih dahulu jika anda bertolak dari Simpang Pulai.
Salah satu kelebihan Green View Garden Cameron Highlands adalah pengunjung boleh masuk secara percuma. Walaupun begitu, jika ingin melawat Agro Market, pengunjung perlu membayar bayaran sebanyak RM25. Walaupun bayaran masuk Agro Market dikenakan, tetapi pastinya ia memberikan pengalaman yang unik dan menarik.
Di sini, pengunjung juga dapat melihat haiwan-haiwan seperti burung, kambing, dan arnab. Mereka juga berpeluang untuk membeli dedak dengan harga RM4 satu paket untuk memberi makan haiwan-haiwan tersebut.
Salah seorang netizen juga berkongsi bahawa makanan Jepun di Green View Garden sangat sedap. Selain itu, di Agro Market yang dikenakan bayaran RM25, terdapat sayur-sayuran yang tidak terlalu mahal dijual. Namun, netizen memberikan peringatan untuk mereka yang membawa masuk anak ke dalam rumah burung untuk membasuh tangan selepas keluar kerana kebersihan kawasan tersebut perlu diberi perhatian.
Namun begitu, terdapat juga respons negatif daripada netizen yang berkata tempat tersebut tidak sesuai untuk yang membawa stroller untuk anak-anak kerana kawasan berbukit. Selain itu, pengunjung juga perlu membayar 20 sen untuk menggunakan tandas di sini. Namun 20 Sen yang dikenakan adalah amat munasabah.
Dengan berbagai respons dari netizen, sudah pasti Green View Garden Cameron Highlands menjadi destinasi menarik dan menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik bagi pengunjung. Bagi sesiapa yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi, Green View Garden Cameron Highlands adalah pilihan yang sesuai. Jangan lupa untuk merancang lawatan anda ke sini bagi mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Buka setiap hari kecuali Selasa dari 9am hingga 6:30pm.
Ulasan
Catat Ulasan