Jambatan Misteri: Menghubungkan Tanah Besar dan Pulau Bunting, Yan

Ramai rakyat Kedah musykil dengan kehadiran jambatan megah yang menghubungkan Tanah Besar dengan Pulau Bunting di Yan, Kedah. Jambatan ini telah lama dinanti oleh penduduk tempatan dan juga pelancong yang ingin melawat pulau cantik ini.

Dengan ketinggian 20 meter dan panjang hampir 1.5 kilometer, jambatan ini tidak hanya membolehkan akses yang lebih mudah ke pulau tersebut, tetapi juga menjadi mercu tanda baharu Kedah yang semakin maju dan berkembang pesat. Selain itu, pembinaan jambatan ini juga diharapkan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar.

Pulau Bunting dikatakan milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bercita-cita untuk membangunkan pulau ini menjadi pelabuhan besar yang boleh menjana pendapatan ekonomi yang besar untuk negeri Kedah. Dengan adanya jambatan ini, impian tersebut mungkin menjadi kenyataan.

Sebelum pembinaan jambatan, akses ke Pulau Bunting adalah melalui bot atau feri yang tidak menentu dan sering menjadi halangan kepada pembangunan pulau tersebut. Namun, kini dengan adanya jalan raya beton yang menghubungkan kedua-dua kawasan ini, akses diharapkan menjadi lebih mudah dan pantas. Cuma bila terlalu lama ditutup dan tidak digunakan, maka ramai yang mempersoalkan nya. 

Banyak netizen sering mempersoalkan tentang pembaziran duit kerajaan untuk projek ini. Namun, tanggapan tersebut adalah tidak benar kerana pulau ini adalah hak persendirian milik Tan Sri Syed Mokhtar yang membiayai pembinaan jambatan ini sendiri tanpa perlu melibatkan wang dari kerajaan.

Maka, kita perlu lihat projek pembinaan jambatan ini sebagai satu usaha ke arah pembangunan dan kemajuan. Cuma mungkin ada halangan yang tidak kira ketahui. Jika berjaya, jambatan ini akan menjadi mercu tanda baharu Kedah dan menarik lebih ramai pelabur ke negeri Kedah.

Dengan pembukaan akses yang lebih mudah ke Pulau Bunting, kita pasti akan melihat pertumbuhan ekonomi yang pesat di kawasan tersebut. Terdapat pelbagai peluang perniagaan dan pelancongan yang boleh diterokai di pulau ini dan ini pasti akan memberi manfaat kepada rakyat Kedah dan Malaysia amnya. Yang penting, tanggapan yang ianya membazir duit rakyat adalah salah. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth