Perodua Dituduh Menafikan Waranti Pembeli Kereta Baru
Segamat- Kisah pembeli kereta Perodua Bezza 1.3 X yang mengalami masalah dengan enjin kereta yang rosak hanya dalam tempoh 8 jam selepas pembelian telah menjadi tajuk hangat dalam media sosial. Pembeli tersebut mengeluhkan bahawa walaupun mempunyai waranti, beliau masih terpaksa membayar ansuran bulanan untuk kereta yang tidak dapat digunakan.
Pembeli tersebut, yang bernama Nagakanni Subramaniam, telah membeli kereta tersebut pada 17 Oktober 2023 dan hanya selepas 8 jam, enjin kereta tersebut gagal berfungsi. Ini tidak boleh diterima sama sekali. Setelah meminta untuk tukar kereta baru, beliau dimaklumkan oleh pihak Perodua bahawa enjin kereta tersebut rosak disebabkan oleh benda asing seperti gula, yang dikatakan tidak digunakan oleh pihak kilang.
Selama lebih 2 bulan, beliau masih belum menerima keputusan yang jelas daripada pihak Perodua dan masih terpaksa membayar ansuran bulanan untuk kereta yang tidak dapat digunakan. Beliau juga telah mendapat nasihat daripada netizen untuk membuat laporan kepada tribunal pengguna untuk menyelesaikan isu tersebut.
Dalam respons daripada netizen yang mengalami masalah serupa dengan kereta Proton, beliau memberi pandangan bahawa pembeli kereta tersebut perlu memeriksa terma dan syarat waranti kilang serta waranti dari penjual sebelum membuat sebarang tuntutan. Sepatutnya si pengadu mengharapkan gantian komponen kereta yang bermasalah dan bukannya sebuah kereta. Tapi kita semua faham emosi pengadu. Bagi beliau, pihak kilang perlu mengambil tanggungjawab apabila kereta masih di bawah waranti kilang. Untuk kes beliau, Proton bertanggungjawab menggantikan enjin.
Namun, beliau juga menyarankan agar pembeli tersebut membuat laporan kepada pihak berwajib dan tribunal pengguna untuk memudahkan proses penyelesaian masalah tersebut.
Kes tersebut turut menimbulkan kebimbangan daripada pengguna lain yang mungkin mengalami masalah serupa dengan pembelian kereta Perodua. Mereka mengharapkan agar pihak Perodua dapat menyelesaikan isu ini dengan segera demi kepuasan dan keadilan pembeli tersebut.
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan adil dan pembeli tersebut dapat mendapatkan penyelesaian yang memuaskan daripada pihak Perodua.
Ulasan
Catat Ulasan