Hartanah: Beli Nak Murah, Jual Nak Mahal

2 tahun lepas ada pembeli beli rumah yang saya jual. Oleh kerana keadaan pangsapuri yang teruk maka pembeli nego harga sampai jadi RM165k. Semalam pembeli tersebut yang sekarang dah jadi owner contact saya nak jual balik rumah tu dengan harga RM250k.

Setiap minggu saya lalu depan pangsapuri tu. Saya tengok makin teruk keadaan pangsapuri tu. Sedangkan owner dulu pun tak mahu beli mahal untuk rumah tu,  sekarang dia pula harapkan ada orang beli harga mahal.

Memang lumrah setiap orang pun nak duit lebih. Tapi biarlah berpada. Kebanyakan penjual rumah memang asalnya nak harga tinggi dan kami perunding hartanah ni lah yang bincang untuk jual rumah tersebut dengan harga yang munasabah. Itu pun ada juga orang yang siap siap beritahu nak beli secara terus dari pemilik rumah. Tak mahu melalui ejen hartanah. Silakan.

Beli rumah melalui ejen hartanah sebenarnya bukan sahaja lebih murah malah lebih selamat. Banyak juga kita pernah dengan penjual menghilangkan diri selepas bayar deposit, rumah rupanya tak boleh dijual dan pelbagai lagi masalah. 

Korang rasa patut tak beli nak murah, jual nam mahay? Boleh tulis kat komen. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth