Makan di Padang Kota 2024

Last sekali bawa mak jalan penang tahun adalah pada 2016. Kami pun rasanya last pergi pulau pada hujung tahun lepas masa anak perempuan kami balik rumah. Kami yang duduk dekat ni pun payah nak pergi Pulau sebenarnya.
 Kali ni lepas kenduri anak sepupu kahwin di Penaga, kami ambil kesempatan bawa Mak jalan pulau. Singgah Padang Kota. Jalan jem tapi agak mengejutkan juga kat tempat makan di Padang Kota tak ramai orang. Bila orang tak ramai, memang tak selesa lah bila semua orang berkerumun kat meja kami berebut nak ambil order (rebut pelanggan). 

Nak berehat sebentar lepas penat mengharungi trafik sesak pun payah. Masing masing tak sabar nak ambil order. Kami datang sini nak makan pasembur sahaja dan maklum lah kami baru lepas balik dari makan banyak lauk kenduri. Tapi macam macam mereka kami offer kat kami. 
Lepas makan, kami bersiar-siar di tepi laut Padang kota. Meriah juga suasana disini. Lepas tu kami pun pulang dan saja lalu di depan nasi kandar Lineclear. Masa kami datang tadi nampak lengang line Clear. Kami nak lalu sekali lagi dan pastikan. Mungkin kali ni ramai orang. 

Bila lalu depan, Nasi kandar Line Clear pun cuma nampak pekerja saja. Masih lengang. Selalunya ramai orang beratur musim cuti sekolah. Tak tahu lah apa dah jadi. 

Kalau korang tahu, boleh tulis di ruangan komen. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth