Nasi Lemak Ayam Berempah Thailand sedap di Sungai Dua Butterworth

Hari ni bini saya belanja RM72 untuk nasi lemak murid-murid. Nak bagi semangat kat anak murid supaya datang ke kelas tambahan untuk SPM katanya. Nasi lemak ni memang sedap. Pernah bini saya beli nasi lemak lain sebab gerai nasi lemak ni cuti, memang kecewa murid-murid hari tu. Ada juga bini saya cadangkan tukar ke roti canai sedap tapi murid-murid nak nasi lemak ni juga. Tak malu untuk saya katakan yang nasi lemak ini adalah yang paling sedap di Malaysia. Kalau ada yang lain lebih sedap, tolong beritahu untuk saya cuba. Tapi korang kena cuba ni dulu lah sebelum nak rejimen yang lain tu. 
Nasi lemak ni harga RM1.20 sebungkus. Sebelum ni RM1. Baru baru ni je naik harga 20 Sen sebab harga beras naik. Telur dadar tu saya buat sendiri. 

Yang jual nasi lemak ni adalah warga Thailand. Saya difahamkan beliau datang dari wilayah tengah Thailand. Maka rasa masakannya memang lansung lain dari rasa Melayu. Kemudian kahwin dengan orang Melayu ala ustaz dan dah lebih 20 tahun duduk Malaysia. Nak cerita apa yang sedap tentang nasi lemak ni, saya pun tak pandai huraikan. Nampak macam sama je. Tapi rasa lain. Sama macam Tom Yam. Malaysia pun ada Tom Yam. Tapi bila ditanya kenapa Tom Yam Thailand rasanya lagi sedap, mesti ramai yang tak pandai nak huraikan kelebihan rasa Tom Yam Thailand. 

Kalau ada yang nak cuba, boleh guna location ni. Ianya terletak di Taman Seri Murni, Sungai Dua Butterworth. 

5.445268,100.434834

Biasanya nasi lemak ni kol 8:30 pagi dah habis. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth