Hati kena kental kalau nak bagi anak ke orang lain
Setiap kanak-kanak mempunyai fasa perkembangan emosi yang unik, dan Adelia juga tak terkecuali. Ketika Adelia berumur sekitar 1 hingga 2 tahun, itulah fasa yang agak mencabar bagi kami sekeluarga. Dia tidak suka dengan orang yang dia tidak kenal, termasuklah kami, ahli keluarga kandungnya sendiri.
Setiap kali kami mahu bergambar sekeluarga semasa bercuti, ia menjadi satu cabaran. Adelia akan menangis jika tidak ada seseorang yang dia kenal dan rapat bersamanya. Oleh itu, adik ipar saya terpaksa berada dalam gambar bersama kami. Ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan Adelia tidak menangis ketika sesi bergambar.
Terdapat satu insiden di mana adik ipar saya terpaksa pergi ke kedai dan meninggalkan Adelia bersama kami. Pada mulanya, Adelia kelihatan okey sahaja. Lama-kelamaan, dia mula sedar bahawa umminya tidak ada dan mulalah Adelia menangis mencari umminya.
Selepas Adelia berumur 3 hingga 4 tahun, perubahan positif mula kelihatan. Adelia mula menunjukkan tanda-tanda penerimaan dan keselesaan berada bersama kami. Dia sudah boleh bermain dan berinteraksi tanpa kehadiran ummi atau orang yang terlalu rapat dengannya.
Hati kena kental kalau nak bagi anak ke orang walaupun adik beradik sendiri. Mungkin inilah perasaan tok kandung saya iaitu Tok Wan Hashim dan Tok Yang.
Ulasan
Catat Ulasan