Kenangan di Cameron Lavender Garden semasa awal pembukaan
Cameron Highlands, sebuah destinasi yang tidak pernah sunyi dari kunjungan pelancong, mempunyai banyak tarikan yang menarik. Salah satu tempat yang pernah menjadi tumpuan ramai ialah Cameron Lavender Garden. Masih segar dalam ingatan, ketika awal pembukaan taman ini, ia menjadi viral dan menarik perhatian pelancong dari seluruh negara termasuklah kami. Keindahan bunga lavender yang memukau serta suasana yang tenang dan damai menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi ketika itu.
Pada masa itu, harga tiket masuk ke Cameron Lavender Garden hanyalah sekitar RM10 untuk dewasa. Walaupun harga ini sudah dianggap agak mahal, jumlah pengunjung yang hadir sangat ramai. Setiap sudut taman dipenuhi dengan pengunjung yang teruja untuk menikmati keindahan bunga lavender yang ungu dan wangi. Bunga lain pun banyak dan cantik.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa harga tiket masuk kempat-tempat menarik di Cameron Highlands cenderung meningkat dari masa ke masa. Walaupun Cameron Lavender Garden terus menjadi destinasi yang menawan, harga tiket yang tinggi mungkin menjadi penghalang bagi sesetengah orang untuk kembali berkunjung. Kebanyakan pelancong mungkin hanya akan melawat sekali sahaja, terutamanya jika harga tiket dianggap tidak berpatutan. Sekarang ni tak tahulah berapa harga tiket masuk ke sini.
Ulasan
Catat Ulasan