Realiti Menjadi Ejen Hartanah: Bukan semuanya manis
Baru-baru ini, saya perhatikan banyak iklan berbayar yang mempromosikan kerjaya sebagai ejen hartanah. Iklan-iklan ini kadangkala menggambarkan kerjaya ini sebagai cara paling mudah untuk mendapatkan wang. Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa menjadi ejen hartanah banyak cabaran.
Menjual hartanah pada masa kini bukanlah tugas yang mudah. Banyak rumah tak terjual dan ketidak mampuan generasi muda memiliki rumah merupakan pengetahuan umum. Banyak pemaju perumahan kini bekerjasama dengan ejen hartanah kerana mereka sendiri menghadapi kesukaran untuk menjual rumah. Ada juga pemaju yang mengalami masalah kewangan dipertengahan, yang mana ini secara langsung memberi kesan kepada ejen hartanah, yang belum mendapat komisen daripada penjualan rumah yang telah berlaku. Saya sendiri pun ada beberapa rumah yang masih tiada bayaran selepas 2 tahun.
Salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh ejen hartanah baru-baru ini adalah persaingan dari staf pemaju sendiri. Ada kes di mana staf pemaju cuba mencuri pelanggan daripada ejen hartanah, menambah lagi tekanan kepada industri ini. Mana pembeli yang sudah booking melalui agen, kemudian dihubungi oleh staff tersebut untuk cancel booking dan kemudian booking semula melalui developer. Agen yang keluar modal untuk promote projek, apa pun tak dapat.
Realitinya, kerjaya sebagai ejen hartanah memerlukan kemahiran yang tinggi, daya tahan, dan kesabaran. Iklan-iklan yang menggambarkan seolah-olah kerjaya ini mudah hanyalah sebahagian kecil dari gambaran sebenar. Ejen hartanah harus bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini.
Sekiranya anda tertarik untuk menjadi ejen hartanah, penting untuk mempunyai gambaran yang jelas tentang industri ini dan bersedia untuk menghadapi realiti yang ada. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Sebaliknya, lakukan kajian yang mendalam dan berbincang dengan ejen hartanah yang berpengalaman untuk mendapatkan pandangan yang lebih realistik.
Ulasan
Catat Ulasan