Selamat hari raya Aidiladha: Menghayati Erti Pengorbanan

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kawan-kawan semua! Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada anda sekeluarga. Aidiladha kali ini, kami di Penang sementara Adelia berada di Pahang. Walaupun tidak dapat berjumpa, kami tetap bersyukur dan merasai kemeriahan sambutan ini.
Bagi kami sekeluarga, Adelia adalah pengorbanan yang paling besar. Ia bukanlah mudah, tetapi kami percaya setiap pengorbanan pasti ada ganjarannya. 
Semasa mengetuai operasi Suzuki dahulu, saya pernah melalui pengalaman yang sangat mengguris hati. Pernah sekali, CEO saya menuduh saya kedekut man power kerana tidak dapat menyediakan lebih ramai orang untuk membantu operasi Volkswagen. Kata-kata itu sungguh menyakitkan, kerana beliau tidak memahami pengorbanan sebenar yang telah saya lakukan dalam hidup.

Satu-satunya anak perempuan yang saya ada pun saya boleh beri, inikan pula operator yang hanya dipinjam untuk satu hari.  Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memahami situasi sebenar seseorang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth