Kenangan Sekolah di Taiping: Buaya Terlepas dan Tasik Kering

Pernah suatu ketika semasa saya belajar di Taiping, ada buaya yang terlepas dari Zoo Taiping dan masuk ke Tasik Taiping. Sekolah saya yang betul-betul depan zoo dan pihak sekolah telah mengeluarkan peringatan kepada pelajar, terutama yang ingin outing hujung minggu itu. Pihak zoo mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menjumpai buaya tersebut. Air tasik penuh macam biasa. 

Kalau kita tengok apa yang terjadi dengan Tasik Taiping baru-baru ini, rasanya sekejap saja buaya yang terlepas itu boleh dijumpai. Tak pernah lagi saya tengok Tasik Taiping sekering ini. Fenomena ini benar-benar membuka mata tentang perubahan alam sekitar yang berlaku di hadapan kita.

Update: Ada pertambahan maklumat dari kawan sekolah saya bahawa badak berendam juga pernah terlepas dari Zoo Taiping dan bersembunyi di Tasik Taiping. Saya hampir terlupa insiden ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan