Mencari Rumah Idaman di Pulau Pinang - Realiti Harga & Pilihan
Hari ini, mencari rumah teres bawah RM200,000 di Pulau Pinang hampir mustahil. Selepas saya memeriksa kelayakan bakal pembeli, adalah beberapa orang yang layak membeli rumah berharga lebih RM300,000. Namun, bajet bulanan mereka adalah lebih rendah dari itu iaitu sekitar RM1,000, atau kalau di tukar dengan harga rumah, ianya sekitar RM220,000. Tapi kalau boleh sebenarnya mereka nak rumah teres dengan bajet sekitar RM700 sebulan. Kalau ada....
Baru-baru ini, ada rumah teres setingkat di bawah RM200,000. Saya cepat-cepat hubungi semua bakal pembeli yang layak, kena dengan bajet dan mungkin berminat. Malangnya, reaksi mereka kebanyakannya negatif: "Tak mau lah encik sebab rumah ni leasehold", "Macam rumah kos rendah sahaja", "Rumah lain ada tak?". Yang lain langsung tak ada respons.
Inilah cabaran sebagai ejen hartanah. Rumah mampu milik jarang menepati citarasa, sementara rumah idaman sering melebihi bajet. 😊
Ulasan
Catat Ulasan