Nak beli handphone murah tapi tak lepas nak bayar online? Ini yang saya buat..

Baru-baru ini, saya ada cerita pasal masalah nak beli handphone melalui Shopee sebab kena buat pengesahan transaksi di handphone walaupun kita guna laptop untuk shopping. 

Untuk yang terlepas cerita sebelum ini, handphone saya telah hilang dan saya ada masalah untuk membeli handphone baru di Shoppe kerana transaksi pembelian perlu disahkan di aplikasi MAE. Sedangkan handphone saya yang ada aplikasi MAE tersebut sudah dah hilang. 


Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya ada satu lagi cara mudah: **bayar secara tunai di 7-Eleven!**


Mesti ada yang tanya, "Kenapa tak beli direct kat kedai je?" 🤔


Jawapannya senang—beli kat Shopee ni selalunya **lebih murah**! Kebetulan sekarang ada kupon diskaun lebih RM120, mana taknya saya nak beli kat Shopee juga!


Caranya simple je:

1. Beli handphone kat Shopee.

2. Dapatkan kod pembayaran. Kod sah selama 2 hari.

3. Bawa kod tu ke 7-Eleven.

4. Staff 7-Eleven scan kod, dan bayar **cash** kat kaunter.


**Nota penting:** 7-Eleven tak terima pembayaran guna kad kredit/debit, so kena keluarkan duit di ATM dulu. Saya pun terkejut masa tahu ni, tapi anggaplah ini sebagai pengalaman baru! Nasib baik juga ada mesin ATM dalam 7-Eleven tersebut.


Saya kongsi ni supaya korang yang hadapi masalah sama boleh guna cara ni sebagai alternatif. Semoga membantu!


**P/S: Kalau ada tips lain, share kat komen, okay?** 😊

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth