Pengalaman Jepun takut lawan badminton dengan Malaysia

Semasa di kolej dulu, sukan di kolej tidak dibahagikan dengan rumah seperti di Malaysia. Di sana, sukan adalah antara kelas. Nak bagi mudah faham, bayangkan kelas 2A1 lawan kelas 3A3!  

Antara sukan yang saya masih ingat dipertandingkan adalah badminton. Selalunya pelajar Malaysia dan Indonesia akan terpilih untuk mewakili kelas sebab reputasi di peringkat dunia. Di pihak lawan pula, pelajar Jepun memang takut kalau lawan badminton dengan pelajar Malaysia.

Selalunya, perlawanan singkat sebab pelajar Jepun tak tahu macam mana nak balas kalau orang Malaysia servis shuttlecock sampai paras dada. Di Malaysia servis sebegini adalah biasa. Namun bagi mereka di Jepun, mereka cuma tahu servis bawah macam budak tadika sahaja. Dan secara keseluruhan, memang macam lawan budak tadika. 

Pada masa sama saya ada dengar orang Malaysia terlibat dalam pembangunan sukan badminton di Jepun. Hasilnya Jepun pun dah boleh kalahkan Malaysia dalam sukan kegemaran kita ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan