Pengalaman Menyewakan Rumah: Kenapa Saya Tak Buat!

Antara sebab utama kenapa saya tak mahu 
 melibatkan diri dalam urusan sewa rumah adalah kerana pengalaman pahit yang saya dan keluarga alami sebelum ini. Bukan sahaja sewa tidak dibayar, tetapi rumah kami juga rosak teruk. Rumah yang sepatutnya diduduki satu keluarga, sebenarnya diduduki tiga keluarga - dari atuk hinggalah ke cucu dari dua keluarga.

Selain itu, kami juga sering menerima surat bank untuk bekas penyewa walaupun mereka telah keluar hampir 10 tahun lalu. Lebih membimbangkan, jika mereka meminjam dengan along dan menggunakan alamat rumah kami, risau juga kalau rumah kami disimbah cat kerana mereka tak bayar.

Hari ini, saya cuba hubungi CIMB Customer Service untuk menghentikan penghantaran surat mereka. Namun, prosesnya sangat rumit. Saya diminta untuk membawa semua surat ke cawangan CIMB. Oleh kerana saya tinggal di Pulau Pinang, mereka mencadangkan saya ambil cuti untuk pergi ke CIMB Sitiawan, Perak. Nak tolong CIMB sebenarnya, tapi CIMB pula buat payah. Nak pergi CIMB pun bukan senang nak dapat parking, nak tunggu giliran pula entah bila. Dari nak tolong, jadi malas. 

Namun saya nak tolong juga. Akhirnya, saya hubungi CIMB Sitiawan. Pada awalnya, mereka suruh saya hubungi Customer Service semula. Setelah saya beritahu yang Customer Service minta saya hadir ke CIMB Sitiawan, mereka pun kata jika saya datang pun, mereka tak boleh buat apa. Mereka mencadangkan saya untuk menghantar e-mel ke Customer Service. Sekurang-kurangnya, ada bukti yang saya dah jalankan tanggungjawab saya. Selebihnya, terpulang kepada CIMB untuk ambil tindakan.

Apa pendapat korang? Ada yang pernah alami situasi macam ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan