Sokong Hasil Tangan Anak-Anak Istimewa!

Di sekolah isteri saya, ada disediakan pendidikan khas untuk anak-anak istimewa dengan silibus yang berbeza. Kadang-kadang, pelajar-pelajar ini menjual sayur-sayuran, roti, dan baru-baru ini, aiskrim. Semua barang yang dijual adalah hasil tangan mereka sendiri.

Isteri saya adalah pembeli setia hasil tangan pelajar-pelajar pendidikan khas ini. Jika barang yang dibeli adalah makanan, isteri saya akan bawa balik dan berkongsi dengan saya. Saya kagum kerana kualiti hasil tangan mereka setaraf dengan kedai-kedai komersial.

Bagi isteri saya, membeli hasil tangan pelajar-pelajar pendidikan khas bukan sahaja membantu mereka dari segi kewangan, tetapi juga memberi makna besar buat mereka. 

Saya kongsikan juga senarai sekolah di daerah saya yang ada menyediakan pendidikan khas. Sebenarnya setiap daerah ada banyak sekolah macam ni dan jumlahnya bergantung kepada kepadatan penduduk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan