Kenapa Hantu Selalu Perempuan? Jawapan Orang Ramai Agak Kelakar!

Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa dalam kebanyakan filem seram, hantu mesti perempuan? Kenapa bukan lelaki? Kami pun ada soalan yang sama, jadi kami tanya orang ramai. Hasilnya? Jawapan yang tak disangka-sangka, siap boleh buat tergelak!



1. Hantu Lelaki Tak Menakutkan

“Kalau hantu lelaki muncul, tak seram langsung. Bayangkan ada lelaki kat luar rumah pukul 12 malam, rasa biasa je kan? Tapi kalau perempuan, tiba-tiba muncul tengah malam, duduk diam dengan rambut serabai... Haa, baru rasa misteri dan seram!”

Mungkin sebab lelaki dah biasa nampak berkeliaran tak kira masa, tapi kalau perempuan, nampak sorang-sorang tengah malam, automatik meremang bulu tengkuk.

2. Perempuan Tak Pernah Salah

Ada juga yang buat teori, “Perempuan tak pernah salah, kan? Jadi, hantu perempuan pun mesti sama. Kalau dia kacau orang, mesti sebab orang tu yang salah dulu. Tapi kalau hantu lelaki yang kacau, confirm salah hantu tu."

Tapi, pelik juga kan? Kalau betul perempuan tak pernah salah, kenapa ramai perempuan selalu salah pilih lelaki? Hmm...

3. Masa Hidup Pun Dah Gerun

Ini teori paling logik setakat ni: “Perempuan masa hidup pun dah menakutkan, apatah lagi kalau dah jadi hantu!”
Fikir balik, bila perempuan mengamuk, memang lelaki terus kecut perut. Malah, kalau perempuan diam terlalu lama pun, lelaki boleh jadi takut. Bayangkan, makhluk yang paling gerun semasa hidup ni jadi hantu pula... double seram!

4. Modal Bajet Rendah

“Dari sudut ekonomi, hantu perempuan ni jimat kos. Cukup dengan baju putih yang lusuh sikit, dah jadi hantu siap! Hantu lelaki? Kena lengkap – baju, seluar, tali pinggang... Takkan nak kacau orang pakai kain pelikat pulak, kan?”

Betul juga. Siapa sangka jadi hantu pun kena jaga penampilan. Hantu perempuan memang lebih praktikal.

5. Mengilai Merdu

Ada yang kata, “Kalau hantu perempuan mengilai, seram tapi merdu juga bunyinya. Bayangkan hantu lelaki cuba mengilai macam perempuan. Mungkin orang tak takut, tapi ketawa berguling-guling.

6. Elak Tanggungjawab Besar

“Hantu lelaki malas nak muncul sebab tanggungjawab besar. Lelaki hidup pun banyak kena tanggung masalah. Tapi perempuan? Masa hidup, kereta pun serah kat suami suruh jaga."

Sebab tu hantu perempuan lebih sesuai untuk kacau orang. Mereka lebih "free" nak ke sana sini, menakutkan orang dengan cara tersendiri, tanpa perlu fikir hal berat.

7. Lelaki Malas

Ini teori paling best: “Lelaki malas! Nak jadi hantu pun malas. Tapi perempuan rajin – rajin terbang, rajin mengilai, rajin menggoda. Hantu lelaki? Mungkin duduk depan TV, tak kacau orang pun.”

Nak jadi hantu yang efisien kena rajin! Patutlah dalam banyak filem seram, hantu perempuan yang paling banyak muncul. Mereka lebih berdedikasi dalam tugas menakutkan orang.

8. Kalau Hantu Jadi Pondan?

Bayangkan kalau hantu tu bukan lelaki atau perempuan, tapi pondan. Mungkin orang tak takut pun, sebaliknya tergelak sakan sampai tergolek! 

9. Perempuan suka berdendam 

“Mungkin perempuan suka berdendam semasa hidup. Bila dah jadi hantu, terus mereka ambil peluang untuk kacau orang balik. "

Logik juga. Ini mungkin peluang mereka untuk  membalas dendam atas semua ketidakadilan semasa hidup.

Kesimpulan 

Jadi, kalau lain kali anda tengok filem seram dan nampak hantu perempuan, ingatlah – mereka ada sebab-sebab yang sangat kukuh untuk pilih watak tu. Dari segi seram, ekonomi, hingga ke balas dendam, perempuan memang lebih layak jadi hantu yang paling berkesan!

Ps: Semua ni untuk hiburan semata-mata! Jangan ambil serius ya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan