Resipi Nasi Briyani Ayam Periuk Tekanan: Mudah, Cepat, dan Sedap!

Nasi Briyani Ayam sering dikaitkan dengan proses memasak yang rumit dan memakan masa. Namun, dengan resipi mudah untuk orang malas ini, anda boleh menyediakan hidangan istimewa ini menggunakan periuk tekanan Noxxa dengan cepat dan tanpa banyak usaha. Sesuai untuk dua orang, hidangan ini tetap menyajikan rasa yang setanding dengan restoran!

Bahan-Bahan

Bahan Utama

Beras Basmathi: 1 cawan


Bahan Perapan Ayam

Ayam bahagian rib: 2 ketul
Serbuk kari ayam: 1 sudu besar
Jus limau nipis: 2/6 biji (atau dua potongan)
Garam: 1 sudu kecil


Bahan Kisar

Air: 1.5 cawan
Bawang putih: 2 ulas
Cili merah: 2 tangkai
Halia: 1/2 sudu kecil
Garam: 1 sudu kecil


Bahan Goreng

Mentega: 1/2 sudu kecil. Cukup untuk menggoreng sahaja.
Bawang besar: 1/4 biji (dihiris)
Kentang: 1 biji (dipotong dadu)
Lobak merah: 15 potongan kecil


Hiasan

Daun ketumbar (secukupnya)
Cili hijau 2 biji


---

Cara Penyediaan

1. Kisar Bahan

Kisar semua bahan kisar hingga halus dan ketepikan.

Sediakan Bahan Perapan

1. Dalam mangkuk, masukkan ayam.


2. Perah dua potongan limau nipis ke atas ayam, diikuti serbuk kari dan garam.


3. Gaul rata hingga ayam sebati dengan perapan.


4. Tuang sedikit air daripada bahan kisar ke dalam bekas ayam untuk membasuh tangan. Sebolehnya jangan terkena ayam.


5. Biarkan selama 1 jam untuk proses perapan. Boleh diletakkan didalam peti sejuk. 

Nota: proses perapan ini adalah pilihan. Kalau malas dan nak terus masukkan semua kedalam periuk pun hasilnya masih sedap.


3. Tumis dan Sediakan Nasi

1. Panaskan mentega dalam periuk tekanan. Gunakan mode stir fry.


2. Goreng bawang besar hingga perang keemasan.


3. Masukkan kentang dan lobak merah, dan tumis seketika.


4. Tambahkan beras, bahan kisar, dan bahan perapan ayam.



4. Masak dalam Periuk Tekanan

1. Tetapkan periuk tekanan Noxxa ke high pressure sebanyak 5 minit.


2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.



5. Sentuhan Akhir

1. Setelah selesai, tutup elektrik periuk dan biarkan nasi rehat selama 5 minit.


2. Tambahkan daun ketumbar dan cili hijau. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit lagi untuk aroma menyerap sempurna.

---

Siap untuk Dihidang!

Nasi Briyani Ayam ini kini sedia untuk dinikmati. Rasanya yang kaya dengan rempah dan tekstur ayam yang lembut pasti memikat selera anda. Selamat mencuba!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth