Bolehkah waris kemalangan menuntut ganti rugi?
Baru-baru ini Malaysia telah dikejutkan dengan kemalangan lima pelajar rentung setelah dilanggar lori dari belakang di Lebuhraya Utara Selatan. Kali ini saya nak kongsikan apa yang telah dibincangkan di Astro Awani tentang Adakah waris berhak untuk menuntut gantirugi terhadap pihak yang bersalah. Astro Awani telah memanggil peguam Yus Farizal Yusoff untuk memberi penerangan tentang perihal ini dari sudut undang-undang.
Menurut peguam tersebut, waris berhak untuk memfailkan tuntutan di mahkamah Sivil. Untuk kes ini siasatan akan dilakukan kepada pemandu treler yang melanggar dari belakang sama ada terdapat pemanduan secara cuai atau pun beberapa faktor lain iaitu keadaan pemanduan, keadaan jalan ,kelajuan, kondisi brek dan sebagainya. Semua bukti akan dilihat untuk menentusahkan sama ada pemandu treler yang melanggar dari belakang itu telah melakukan satu kecuaian dengan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.
Selain itu pihak ketiga juga perlu dilihat contohnya dalam kes ini pihak Plus yang menutup lorong kiri. Ada tiga elemen utama yang perlu dilihat. Pertama ada atau tidak tanggungjawab di pihak tersebut untuk berjaga-jaga dan berhati-hati dengan membuat perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan untuk mengelakkan kemalangan.
Keduanya apakah tanggungjawab tersebut telah dilanggar oleh pihak tersebut maka mereka untuk gagal untuk memberi amaran dengan baik dan ketiganya berlaku atau tidak akan kecederaan ataupun kemalangan. Dalam kes ini sangat jelas berlaku kemalangan. Jika ada tiga tiga elemen ini ada kemungkinan pihak ketiga selain daripada pemandu lori treler yang membawa kenderaan tersebut itu juga boleh dikenakan kesalahan di atas kecuaian . Siasatan lengkap perlu untuk menentusahkan siapa yang bersalah mengikut fakta yang ada.
Waris berhak menuntut ganti rugi kerugian pendapatan jika simati adalah seorang yang bekerja dan menanggung waris. Dalam kes 5 pelajar ini, mungkin kita beranggapan bahawa mereka tidak bekerja tetapi jika mereka bekerja sampingan dan memberi RM100 sebulan contohnya, jumlah itu masih boleh diambil kira dalam tuntutan. Jika mereka semua tidak bekerja, waris masih boleh menuntut ganti rugi kesedihan ataupun perkabungan.
Akta undang-undang Sivil memperuntukkan bahawa tuntutan sebegini dibenarkan sebanyak RM30,000 dituntut oleh ibu dan bapa.
Begitulah yang diterangkan oleh peguam Yus Farizul. Moga perkongsian ini memberi manfaat.
Ulasan
Catat Ulasan