Pengalaman ngeri kapal terbang mendarat ketika Penang ribut dan banjir
Dulu pernah sekali, kejadian yg hampir sama terjadi kat saya. Masa tu bulan puasa. Balik dari Tokyo atas urusan kerja. Dari Tokyo turun kat KLIA dan naik semula flight kol 6pm ke Penang. Dari KLIA pun nampak macam nak ribut je sebab awan gelap banyak. Cahaya pukul 6pm nampak macam dah maghrib.
Bila nak sampai Penang, hujan lebat sampai kapal nyaris mendarat atas air mungkin sebab pilot tak nampak depan. Bila pilot perasan (agaknya) terus dia tekan minyak terbang naik atas semula. Penumpang yg dok tengah terpinga pinga kenapa terbang naik semula. Saya dok tepi tingkap tahu sikit la cerita. Sebab dekat sangat kapal terbang dengan permukaan air sampai lampu klip klip kat kepak pun boleh pantul balik dari permukaan air. Cerita sebenar di kokpit mungkin berbeza.
Kami pun berlegar pusing Penang beberapa kali tapi tak dibenarkan mendarat. Kilat kiri kanan sabung menyabung. Bergegar sampai beg kat ruang atas pun boleh jatuh. Masa tu memang macam cerita Hollywood lah cuma pek oksigen saja yg tak keluar lagi. Pramugari pun pucat.
Lepas kami pusing Penang kat sejam lebih, pilot buat pengumuman minyak nak habis. Dalam kepala terbayang yg kami akan masuk berita satu dunia je. Beberapa minit kemudian pilot bagitau sedang minta kebenaran untuk mendarat di Ipoh ataupun Langkawi tapi dua dua airport ni pun tak bagi mendarat sebab ribut juga.
Makin tipis peluang nak hidup. Beberapa minit kemudian Langkawi bagi kebenaran mendarat. Masa tu doa supaya minyak cukup untuk sampai Langkawi je.
Masa mendarat di Langkawi bomba dah standby kiri kanan landasan tapi alhamdulillah kami selamat mendarat. Masa tu hampir semua penumpang tepuk tangan bila pilot keluar dari kokpit untuk tengok keadaan kami kat belakang.
Masa tu kol 9pm. Baru teringat yg kami tak buka puasa lagi. Itulah tempoh paling panjang saya puasa. Bila dalam keadaan antara hidup dan mati, tak ada masa langsung nak ingat bab makan. Saya call bini dan bini saya pelik kenapa saya ada kat Langkawi.
Lepas ribut di Penang reda, kami pun terbang semula ke Penang. Of coz, sebelum tu lori minyak datang isi minyak dulu. Bila sampai Penang, banyak tempat kat Penang banjir.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya dan kesannya pada penumpang kapal terbang jika hujan lebat di Penang sampai tahap banjir. Kadangkala kita baca berita sepintas lalu sahaja tapi setiap insiden mungkin ada seribu cerita.
Ulasan
Catat Ulasan