Feri Baru Pulau Pinang: Tarikan Terbaru Pulau Pinang Yang Pasti Menggamit Pengunjung

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa Pulau Pinang kini sudah mempunyai feri baru yang baru sahaja beroperasi pada Ogos tahun ni. Kebetulan semalam 7 Ogos adalah pembukaan semula jeti Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown. Kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya menaiki feri baru Pulau Pinang dan ronda-ronda Pulau Pinang dengan menggunakan bas percuma(CAT) . Kebetulan hari ini saya servis kereta dan sementara menunggu kereta siap; saya pun ambil peluang untuk melakukan pengembaraan ini. 

Saya bermula dengan menaiki bas Rapid Penang dari pusat servis kereta Honda Motoria yang terletak di Chai Leng Park ke Penang Sentral. Tak lama menunggu; bas pun tiba. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM1.40. Setelah hampir sepuluh minit bas pun tiba di Penang Sentral. Kita perlu naik ke tingkat atas untuk ke platform jetty. 
Di pintu ke jetty terdapat jadual feri dan boleh dikatakan setiap 20 hingga 30 minit akan ada 1 feri yang akan berlepas. Kemudian kita perlu membeli tiket di kaunter dan harga tiket adalah sebanyak RM1.20 untuk sehari. Tapi tiket adalah percuma sepanjang Ogos kerana ini adalah tempoh percubaan. Kadang-kala kita boleh lihat staff feri berbincang sesama mereka tentang sesuatu yang mereka belum faham. Biasalah benda baharu. 
Ruang menunggu pula kini lebih luas dan selesa ditambah dengan penghawa dingin. Internet WI-FI percuma juga disediakan. Di luar pula terdapat ruang menunggu untuk penunggang motosikal macam biasa. Ada juga yang berbasikal.
Setelah hampir 15 minit feri pun tiba dan kelihatan ramai penumpang keluar dari feri tersebut. Ketika itu semua yang sedang duduk akan terus bangun meninggalkan kerusi yang selesa untuk bangun beratur. Setelah semua penumpang dan penunggang motosikal keluar, kemudian tiba pula masa kami untuk masuk ke feri. 

Ternyata feri baru tidak sama langsung dengan feri yang lama. Apapun saya agak teruja untuk menaiki feri ni. Ruang menunggu di dalam feri juga adalah lebih selesa dimana penghawa dingin disediakan. Di skrin juga ada dipaparkan taklimat keselamatan. 
Kemudian saya cuba keluar untuk menikmati suasana diluar pula. Perasaan tidak seseronok feri yang terdahulu yang lebih lebar dan lebih banyak peluang untuk menghirup angin segar dari laut serta pemandangan yang menakjubkan. Setelah hampir 10 minit di dalam feri; maka kami pun tiba di jeti Georgetown. 
 Kemudian saya teruskan perjalanan ke stesen bas dan mencari bas percuma yang akan bawa kita pusing ke beberapa lokasi utama tumpuan pelancong di Pulau Pinang. Dari tingkap bas juga kita boleh melihat keunikan bandar Georgetown. Kalau ada yang belum tahu bandar Georgetown adalah bandar berkembar dengan bandar Adelaide di Australia.
Selepas hampir 10 minit saya menaiki bas; saya pun tiba di Komtar. Kemudian saya meneruskan perjalanan saya untuk menikmati makan tengah hari di Kassim nasi kandar yang terletak berhadapan dengan Komtar. Kedai ni walaupun tak segah nama kedai makan lain, tapi orang lama je tahu betapa sedapnya nadi Kandar ni satu masa dahulu. 

Kemudian saya meneruskan perjalanan saya ke Lebuh Armenia iaitu salah satu lokasi yang popular di kalangan pelancong luar. Selepas itu saya ke Little India dimana disini terdapat Samosa yang wajib saya beli jika ke Georgetown. Sedap samosa kat sini. Suasana persekitaran di sini juga amat meriah. Setelah puas meronda dan mengambil gambar; saya pun menaiki bas untuk kembali ke Jeti dan terusnya pulang ke seberang Perai. 
Itulah serba sedikit tentang pengalaman naik feri baru Pulau Pinang serta menaiki bas percuma ke beberapa lokasi menarik di Pulau Pinang.  Diharap perkhidmatan feri baru ini akan menjadi pemangkin kepada industri pelancongan yang memang sudah sinonim dengan Pulau Pinang. Boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin mencuba. Visit Penang 2023! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth