Syarat-syarat Untuk Bank Menerima Sewa Rumah Sebagai Pendapatan Bagi Pemohon Pinjaman Perumahan Kedua dan Seterusnya
Ada sesetengah pembeli rumah sudahpun mempunyai rumah sebelum ini yang mungkin kini tidak sesuai dengan keperluan pembeli. Maka pembeli tersebut terpaksa membuat perancangan untuk membeli rumah baru. Pembeli seperti ini biasanya akan menghadapi masalah dengan bank dibahagian DSR( Debt Service Ration) atau nisbah hutang yang sudahpun tinggi. Menjadikan pemohon pinjaman perumahan memiliki markah(scoring) yang rendah dan mungkin gagal dalam mendapatkan pinjaman perumahan. Melainkan pembeli menyewakan rumah tersebut, duit sewa ini mungkin boleh menyelamatkan DSR serta meningkatkan markah(scoring) pemohon.
Berikutan permohonan pinjaman perumahan kedua dan seterusnya, pihak bank perlu menetapkan beberapa syarat untuk menerima sewa rumah sebagai pendapatan bagi pemohon. Syarat-syarat ini penting dalam menentukan kelayakan pemohon untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Artikel ini akan menerangkan syarat-syarat tersebut dengan lebih lanjut bagi membantu pemohon dalam mendapatkan pinjaman perumahan tersebut.
Syarat Pertama: Perjanjian Penyewaan (Tenancy Agreement) dengan Cap Jaminan(Stamp Duty)
Syarat pertama yang diperlukan adalah perjanjian penyewaan (tenancy agreement) yang sah dan telah dijamin dengan cap jaminan. Bank memerlukan salinan perjanjian ini sebagai bukti bahawa pemohon telah menyewakan rumah kepada penyewa yang sah. Cap jaminan perlu dicap oleh LHDN untuk memastikan kesahihan perjanjian tersebut.
Syarat Kedua: Penyata Bank Sewaan 3 Bulan Terkini
Selain perjanjian penyewaan, bank juga memerlukan penyata bank sewaan terkini selama 3 bulan terakhir. Penyata bank ini penting bagi memastikan bahawa pemohon telah menerima bayaran sewaan secara konsisten daripada penyewa. Ia akan memberi gambaran kepada bank mengenai pendapatan bulanan pemohon dan kestabilan kewangan mereka bagi membayar pinjaman perumahan yang baru.
Syarat Ketiga: Salinan Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement)
Syarat ketiga adalah salinan perjanjian jual beli (sales & purchase agreement) bagi rumah yang telah dibeli oleh pemohon. Bank perlukan salinan ini sebagai rujukan untuk mengesahkan pemohon adalah pemilik kepada rumah tersebut serta menentukan status rumah pemohon. Tak semua rumah boleh disewakan. Contohnya rumah Prima/Pr1ma yang antara syarat yang tertera adalah tidak boleh disewakan untuk 5 tahun pertama. Sekalipun anda berjaya menyewakannya dalam tempoh tersebut, ia adalah melanggar peraturan dan bank tak akan kira wang sewa tersebut sebagai pendapatan.
Dalam kesimpulan, pemohon yang ingin memohon pinjaman perumahan kedua dan seterusnya perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Syarat-syarat ini termasuklah perjanjian penyewaan dengan cap jaminan, penyata bank sewaan terkini, dan salinan perjanjian jual beli. Dengan memahami dan memenuhi syarat-syarat ini, pemohon akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang diinginkan.
Ulasan
Catat Ulasan