Kagum dengan kualiti filem orang Palestin

Semalam, saya telah meluangkan masa untuk menonton beberapa filem Arab, atau lebih tepat dari Palestin, sehingga saya bermimpi tentang Palestin. Menurut pandangan saya, Malaysia bukan sahaja kalah dalam bidang bola sepak, tetapi juga dalam bidang perfileman berbanding Palestin. Bagi saya, filem Palestin mempunyai kualiti yang lebih tinggi. Dari segi jalan cerita, Palestin mempunyai seni penceritaan yang lebih baik, mungkin disebabkan oleh banyak kisah sedih yang boleh dijadikan inspirasi di sana.

Dari segi visual, kualiti sinematografi dan gambarnya setanding dengan filem Hollywood. Begitu juga dengan kualiti bunyi. Tetapi untuk adil, kita kena bandingkan juga filem kita dengan Indonesia dan Thailand. Sebenarnya dari aspek audio dan visual, tahap kita lebih kurang sama sahaja dengan Indonesia dan Thailand. Bermakna isu kualiti audio dan visual filem kita ini bersifat serantau. 

Dari pelbagai cerita Palestin yang saya tonton, dua cerita ini menarik perhatian saya iaitu Omar dan juga 200 meter. Memang berbaloi masa yang saya luangkan untuk menonton filem-film ini semalam.

Apa pun saya rasa kita patut kagum dengan bangsa Palestin kerana mereka mampu untuk membuat pelbagai perkara dengan baik walaupun dengan banyak kekangan dan halangan. Mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu untuk mencipta karya seni yang memukau dan berkualiti tinggi. Saya berharap agar industri perfileman di Malaysia dapat terus berkembang dan meningkatkan kualiti filem-filem yang dihasilkan. Keunikan dan kualiti filem Palestin patut dijadikan inspirasi bagi penggiat seni untuk terus memperbaiki industri perfileman kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan