Pandangan alternatif tentang boikot McDonald's
Kali ini saya nak cerita kenapa saya selalu tulis tentang McDonald's akhir-akhir ni. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya memang tak minat sangat dengan McDonald's, tapi saya sengaja bagi pandangan alternatif supaya orang tak ikut dalam boikot hanya sebab dengar dari satu pihak. Kalau nak boikot, silakan. Tapi setakat ni, McDonald's masih bagi air percuma kat masjid kami setiap kali solat Jumaat.
Alhamdulillah, saya bertuah sebab di Pulau Pinang ni banyak tempat makan sedap. Ada beberapa nama kedai yang sering kami disebut untuk makan mewah sikit macam Kapitan, nasi kandar Deen Mutiara, Arif char kuetiau, Adam char kuetiau, dan Laksa udang Iryani dan Bangkok Tomyam. Bagus jugalah kalau kita ada banyak pilihan kedai makan disekeliling kita.
Dulu pernah ada kempen boikot McDonald's dan masa tu saya kerja di syarikat Jerman. Saya tanya bos Jerman pendapat dia tentang boikot McDonald's ketika itu. Dia tak kisah sangat sebab dia memang tak minat dengan McDonald's. Kat Jerman katanya banyak kedai makan sedap malah musuh terbesar McDonald's kat sana ialah kedai kebab. Memang betul juga kata dia sebab kedai kebab Turki banyak kat Jerman, senang je nak jumpa. Rasa pun memang lebih sedap daripada McDonald's.
Tak hanya mahal dan tak kenyang, McDonald's juga tak baik untuk kesihatan macam yang tunjuk dalam gambar tu. Tak tahulah macam mana burger McDonald's boleh bertahan bertahun-tahun tanpa rosak. Itulah sebabnya saya tak pergi McDonald's bertahun-tahun, sampailah ada menu baru Rahmah baru-baru ni baru saya pergi. Tapi punyalah terkial kial tengok sistem pesanan yang baru.
Pasal Starbucks, saya tak boleh komen sebab saya tak minum kopi. Pernah sekali minum kopi mahal macam kopi luwak, sedap jugak tapi tak minat.
Akhir kata, mari kita sokong peniaga tempatan. Bukan sekadar sokong semasa kempen boikot McDonald's je. Kalau permintaan kurang dari awal, rasanya tak banyak McDonald's kat Malaysia macam hari ini.
Malaysia ni negara kecil je. Kalau dengan PBB pun, Israel tak ambil kisah, inikan pula kempen boikot McDonald's dari Malaysia. Kalau McDonald's Malaysia bankrap pun, saya rasa Israel akan terus menzalimi Palestin. Yang pasti semua pekerja McDonald's Malaysia akan hilang pekerjaan. Nak cari kerja baru bukan senang sekarang ni. Nak berniaga tepi jalan pun belum tentu boleh survive. Dekat sungai duatutup, Butterworth ni sahaja saya boleh nampak beberapa gerai tepi jalan dah tutup. Dulu Sungai Dua tempat saya duduk ni meriah.
Ulasan
Catat Ulasan