Pengalaman datang McDonald's ketika kempen boikot sedang hangat dijalankan

Hari ni saya sengaja nak tengok macam mana keadaan McDonald's pada ketika ini. Saya pergi melihat keadaan di Mcdonalds Bagan Ajam dimana ianya terletak berdekatan dengan sekolah anak saya. Kebetulan saya memang nak ambil anak saya balik dari asrama.
Masa saya mula memasuki ke McDonald's saya disapa oleh manager di hadapan pintu. Tak pernah lagi ada orang ucap selamat datang Kat pintu. Mungkin dia hargai kehadiran saya ketika ramai orang Melayu tak support McDonald's. 

Saya dah membuat tempahan awal dari aplikasi McDonald's. Yang saya oder adalah double cheese burger dan dapat sekali dengan air Coke kecil. Ianya berharga RM10.50 termasuk cukai. Ingatkan di sini kosong tak ada orang tetapi ada juga orang yang datang terutama dari kaum Cina. India ada seorang dan saya seorang sahaja Melayu. 

Saya pun tunggulah makanan saya dan saya dapati makanan saya mengambil masa yang agak lama. Saya ingatkan ketika orang ramai tak datang ke McDonald's, mesti lebih cepat makanan disediakan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Atau sekarang mereka ada masalah kekurangan staff?  Secara keseluruhan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menunggu makanan saya disiapkan. Burger tepi jalan lebih cepat siap berbanding McDonald's.

Selepas saya dapat makanan saya dapati makin ramai orang datang ke McDonald's. Ada Melayu juga datang bawa anak. Mungkin kerana sekarang waktu orang keluar pejabat untuk rehat tengahari dan juga masa untuk ambil anak dari sekolah. Saya lepak lagi untuk tengok keadaan. 

Saya Membuat kesimpulan bahawa boikot kali ini tidak memberi kesan sangat terhadap McDonald's yang berada di kawasan kawasan bandar besar contohnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan juga di Johor Bahru tapi ianya berbeza sekali dengan McDonald's yang berada di Pantai Timur contohnya di Terengganu dan juga Kelantan. Pahang pula kesannya mungkin terasa di bandar bandar kecil macam Jerantut. Kuantan saya rasa kubu kuat McDonald's sebab pukul 12pm pun orang beratur panjang Kat McDonald's Teluk Chempedak. 

Saya bukanlah peminat McDonald's tetapi saya agak simpati juga dengan nasib pekerja McDonald's di Malaysia yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Melayu. Contohnya di Bagan Ajam saya tak berjumpa langsung kaum lain yang bekerja di Mcdonalds Bagan Ajam melainkan kaum Melayu.

 Ada sesetengah komen di FB group mengatakan " Cari lah kerja lain". Tapi hakikatnya bukan senang nak cari kerja sekarang. Saya tengok yang kerja di McDonald's tadi pun nampak lebih tua dari saya. Bukan senang orang nak terima orang usia macam kami ni bekerja. Komitmen orang macam kami ni besar berbanding dengan orang bujang yang masih boleh terima jika dibayar gaji rendah. Majikan pula masing masing pentingkan cost saving. Kalau boleh nak cari orang yang boleh terima gaji rendah sahaja. Kalau nak buang pekerja pun, orang usia macam kami lah yang kena buang dulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara scan dokumen dan IC depan belakang free dengan menggunakan handphone

Panduan Mudah: Klaim Balik Insurans Kereta yang Tidak Digunakan selepas Jual Kereta

Nasi Kandar Ali Khan, Sungai Dua Butterworth