Pengalaman Histeria di kilang Alps Nilai
Kali ni saya nak ceritakan tentang pengalaman saya tentang histeria yang pernah berlaku di salah satu kilang yang saya pernah bekerja di Nilai, Negeri Sembilan iaitu Alps elektrik Malaysia Sendirian Berhad. Ianya berlaku pada hari Jumaat sekitar tahun 2003~2004. Sehari sebelum tu ada kejadian histeria telah berlaku. Saya difahamkan ianya berlaku di dalam Production kilang dan saya pun pergilah ke kawasan Production untuk mendapatkan kepastiantentang kejadian yang telah berlaku pada malam sebelumnya. Apabila saya sampai Saya bertanya Kak Aisyah iaitu line leader printing Section.
Elok saja saya tanyakan tentang perkara tersebut tiba-tiba ada seorang operator menjerit. Kemudian orang lain pula menjerit dan ianya bersambung hingga beberapa orang lagi menjerit kerana dirasuki. Kami geng lelaki yang berada di situ pun berasa panik dan terpaksa membawa atau lebih tepatnya mengangkat mereka keluar dari kawasan Production. Ada lebih kurang 10 orang semuanya yang kena rasuk. Kami bawa mereka ke kantin kerana kami perkara ruang yang luas boleh memberi oksigen yang lebih dan mengurangkan kesan histeria.
Kebetulan ketika itu waktu rehat pagi bermula dan ramailah orang-orang dari bahagian lain datang ke kantin untuk berehat pagi. Malangnya ada yang datang yang tu terdiri perempuan yang lemah semangat dan mereka juga panik apabila melihat ramai orang yang kena rasuk. Akibat dari perkara itu, mereka juga kena rasuk. Maka ramai lagi orang yang telah terjangkit daripada 10 orang, kini jumlah yang terjangkit hampir 30 orang semuanya.
Maka kami pun buatlah pelbagai cara itu tapi sebenarnya ianya lebih kepada kaedah cuba jaya sahaja. Malangnya satu pun yak berhasil. Kebetulan kantin pula terletak di sebelah padang. Ramai juga orang yang telah dirasuk berlari ke Padang dan kami yang lelaki terpaksalah berlari mengejar mereka yang dirasuk. Ada berapa perkara yang melucukan berlaku pada ketika itu contohnya kalau orang yang dirasuki itu adalah perempuan yang cantik, maka ramai lelaki yang akan pegang. Kadangkala seorang perempuan cantik kecil boleh ada 5 orang lelaki tolong pegang. Tapi yang tak cantik, yang gemuk, makcik makcik tak ada orang nak tolong pegang.
maka orang-orang baik macam saya(konon) terpaksalah menolong mereka yang tak ada orang nak tolong ini. Pelbagai cara yang telah kami lakukan untuk meredakan tahap histeria mereka tetapi tidak berjaya. Macam macam ayat sudah digunakan.
Tiba-tiba datang beberapa bas kilang warna biru datang untuk mengambil kami pekerja lelaki ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Rupanya jam sudah pukul 12:30 tengahari. Tiba-tiba muncul idea untuk bawa semua yang kena rasuk menaiki bas dan keluar dari kilang. Tanpa berlengah masa kami pun berbincang dengan pemandu bas dan pemandu bas setuju.
semasa di luar kilang kami dapati keadaan orang yang terkena histeria semakin baik dan kami buat keputusan untuk kembali ke kilang. Namun apabila sampai di kawasan kilang, orang yang dijangkiti histeria telah aktif kembali dan membuatkan kami terpaksa keluar semula dari kawasan kilang. Apabila keadaan betul-betul reda kami pun kembali semula ke kawasan kilang dan kami dapati Hanya beberapa orang sahaja yang masih histeria manakala yang lainnya dah kembali normal. maka kami pekerja lelaki pun kembali bekerja pada pukul 4 petang dan ketika itu kami disambut seperti seorang perwira. Kemudian saya dapati ada satu kesan tapak kaki diatas dada saya. Kemungkinan ianya bekas tendangan orang yang kena histeria.
Pada sebelah malamnya pula ada satu lagi insiden tapi ketika itu kami bernasib baik kerana ada seorang perempuan yang kami pun tidak tahu namanya datang memberikan bantuan yang amat mujarab. Kami gelar dia Darth Vader kerana kami tidak pernah nampak muka dia sebab awning tudung dia memang tutup sampai paras mata dan dia pun selalu tunduk sahaja. Dia berjaya menyembuhkan pesakit histeria dengan begitu berkesan sekali hanya dengan menuding jari ke kepala mereka dan mereka akan jatuh seorang demi seorang seperti batang kayu.
Ulasan
Catat Ulasan