Pengalaman kerja yang ada kaitan dengan bayaran Royalti

Kali ni saya nak ceritakan tentang pengalaman saya bekerja di syarikat audio yang ada menggunakan Dolby sistem. Boleh dikatakan setiap peranti audio sekarang ini mesti kena Dolby system. Kalau tak, orang tak beli. Tak kiralah pawagam, TV, hometheater, handphone dsb. DTS pula nampaknya sudah ketinggalan dibelakang. 

Apabila kami menggunakan Dolby pada produk kami, maka kami perlu membayar royalti kepada Dolby. Boleh dikatakan royalti kepada Dolby adalah lebih kurang 20 Sen untuk setiap unit yang kami jual. Dolby adalah sound system yang berasal dari US. Tak pastilah Dolby ni Yahudi ke tidak tapi tak pernah lah mereka kena boikot. Kalau kena boikot kesian lah kat kami. Duit yang pergi ke mereka 20 Sen. Sedangkan yang pergi ke Malaysia pula beratus ringgit. 

Kenapa perlu pakai Dolby? Nak R&D sesuatu bukan senang. Kos tinggi. Gagal di peringkat R&D tu biasa. Kena buat banyak kali untuk berjaya. Kalau berjaya pun belum tentu boleh jual. Maka kami tak ada buat sistem bunyi sendiri. Kalau ada pun R&D yang hanya untuk memperbetulkan bunyi mengikut akustik sesuatu ruang dan rasanya semua pembuat audio sistem ada buat ni. Tak ada lah kami buat R&D level Dolby, DTS atau THX. 

Beberapa tahun dulu saya ada tengok cerita The Founder yang mengisahkan bagaimana wujudnya McDonald's. McDonald's yang kita kenal hari ni tiada kena mengena dengan McDonald's yang asal. Asalnya ia perniagaan burger yang diusahakan dua adik beradik McDonald. Kemudian datang Ray Kroc yang asalnya datang nak jual mesin milk shake. 

Ray Kroc tertarik dengan business model McDonald dan ajak adik beradik McDonald buat franchise. Dipendekkan cerita, beberapa tahun kemudiannya mereka bergaduh dan Ray Kroc kenakan McDonald habis-habisan. Akhir sekali bila adik beradik McDonald tanya Ray Kroc kenapa bersusah-payah kenakan mereka dan tak boleh ke Ray Kroc buat jenama sendiri? Ray Kroc jawap dia buat sebab nama McDonald's tu sendiri. Nama boleh jual. Kalau dia buat sendiri, takut tak ada siapa nak datang makan kat Kroc Burger. 

Mungkin itu sebabnya ramai pemegang franchise ambil McDonald's sebagai jalan mudah. Ray Kroc sendiri pun guna nama McDonald's untuk berniaga. Nak bangun kan sesuatu sendiri bukan senang. Dah ada hasil, nak jual pula bukan senang. Boleh tengok contoh Ramly Burger dan Shukor Burger. Tapi kita kena respect kat mereka ni sebab berani. Kalau ikut kan kemampuan, saya rasa mereka mampu untuk pegang beberapa franchise. 

Tu lah serba sedikit pandangan dan pengalaman saya berkenaan business yang kena bayar royalti ni. Korbankan 20 Sen untuk dapatkan beratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan