Pengalaman makan restoran orang Uyghur dari wilayah Xinjiang di Shanghai
Semalam saya ada menceritakan tentang pengalaman saya terpaksa makan Fillet O Fish McDonalds dan BurgerKing selama beberapa hari di Shanghai dan Suzhou. Mungkin ada yang tertanya mengapa kami tak pergi cari restoran Muslim di sana. Takkan lah tak ada langsung kan?
Untuk pengetahuan korang, memang ada restoran Muslim tapi ianya terletak di tengah bandar Shanghai dan memerlukan 30 minit perjalanan sehala. Ini bermakna kami memerlukan satu jam perjalanan pergi balik untuk ke restoran Muslim berkenaan.
Seperti bandar besar yang lain, Shanghai juga mempunyai beberapa bandar satelit disekitarnya. Contohnya restoran Muslim tersebut terletak di Georgetown, hotel kami di Seberang Jaya dan Kilang pula terletak di Kulim. Oleh kerana kami pergi atas urusan kerja, maka tidak patut rasanya kami minta staff tersebut untuk membawa kami dari Kulim ke Georgetown untuk makan tengah hari dan malam.
Itu baru cerita tentang jarak dari kilang kami ke restoran Muslim tersebut. Tu belum lagi saya ceritakan lokasi Test track kami yg terletak bagaikan di Pengkalan Hulu. Test track tersebut digunakan untuk kami uji kereta kereta baru. Oleh kerana kereta baru memerlukan kerahsiaan yang tinggi, maka ada logiknya test trek di buat di kawasan pedalaman yang terpencil sebegitu. Bayangkan di sekitarnya terdapat banguna yang kebanyakannya tidak dicat dan nampak seperti kembali ke zaman pure komunis. Kedai makan pun kecil dan hanya ada 3 meja sahaja. Itulah keadaan yang boleh saya gambarkan tentang tempat tersebut.
Di hari terakhir kami di sana barulah kami dibawa ke pusat bandar Shanghai dan kami tidak melepaskan peluang untuk pergi ke restoran Muslim yang terdapat di sana. Restoran Muslim yang kami pergi boleh dikatakan terkenal di Shanghai dan dimiliki orang muslim yang berasal dari wilayah Xinjiang ataupun yang selalu kita panggil orang Uyghur.
Xinjiang adalah wilayah yang terletak bersempadan dengan Rusia, Kazakhstan, Tajikistan,Kyrgyzstan,Afghanistan, Pakistan dan India. Xinjiang juga adalah wilayah yang terletak di laluan sutera yang terkenal sejak ribuan tahun dahulu. Oleh kerana lokasi yang sebegitu,maka masakan mereka juga unik dan mempunyai pengaruh dari Cina, Arab,Turki dan India. Campuran rempah yang perfect!!! Bagi saya kalau masakan yang berasaskan daging, bangsa merekalah yang paling pakar. Mungkin sebab mereka tiada laut(landlock) dan terpaksa makan daging hari hari. Daging kuda pun depa makan tau. Muka pelayan dan semua staff pun unik. Bayangkan muka cina, mata hijau dan rangka macam orang putih atau arab.
Walaupun restoran ni restoran Muslim tapi ramai juga yang bukan Muslim datang makan sini. Depa kata daging sini sedap. Jenuh kami beratur. Dalam hati kata tak boleh ke korang makan kat tempat lain atau tak boleh ke tokei kedai buat undang-undang orang Muslim boleh masuk terus tak perlu beratur. Kitorang ni dah lah tak banyak pilihan. Dah berhari-hari makan fillet O Fish tau!!
Ulasan
Catat Ulasan