Pengalaman tengok filem Prebet Sapu
Semalam saya berkesempatan menonton filem yang bertajuk prebet sapu. Dah lama saya tak menonton filem Melayu melainkan filem yang diarahkan oleh mamat khalid. Saya menonton filem ini melalui Netflix. Sebelum ni saya ada mendengar cerita tentang filem ini yang memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dan baru kali ini saya berkesempatan untuk menontonnya.
Ternyata filem ini amat menarik untuk ditonton kerana ia cerita berat yang mempunyai banyak mesej tersirat dan tersurat. Apabila apabila kita mula menonton filem ini semestinya kita akan tertanya-tanya mengapa filem ini dilakukan dengan warna hitam putih? dan kemudian pula kita akan tertanya-tanya mengapa watak utama filem ini sanggup membawa kereta dengan cara haram tanpa tanpa lesen sedangkan mendapatkan lesen bukanlah perkara yang susah. Namun di pertengahan cerita barulah kita dapat memahami bahawa watak utama filem ini ada masalah penglihatan iaitu rabun warna. Tak perlu sound effect ketika penonton pertama kali mengetahui masalah rabun warna dan cukup dialog tersebut dilontarkan oleh pelakon secara bersahaja.
Ketika Itulah baru saya terfikir bahawa mungkin ini cara pengarah untuk memberi gambaran tentang dunia watak utama yang tidak mempunyai warna. Filem ini juga ada menyentuh soal kaum di mana ada ditunjukkan perasaan kaum Cina yang rasa negara ini bukan negara mereka kerana kaum Melayu juga pada masa sama menganggap mereka Bukanlah rakyat Malaysia. Dalam filem itu juga mempunyai dialog yang berterang-terangan mengatakan bahawa watak Cina tersebut tidak suka dengan Melayu.
Di samping itu ada juga plot yang mencuit hati di mana watak perdana menteri di dalam cerita ini bernama kazar bijan dan jika kita terbalikkan nya ianya adalah nama Najib Razak.
Pengarah filem ini memang bijak untuk membuatkan penonton untuk tidak berganjak dari kerusi dan Amerul Affendi juga bijak dalam melakonkan watak utama.
Secara keseluruhan cerita ini amat menarik untuk ditonton dan mempunyai banyak mesej tentang bagaimana sukarnya untuk hidup dan mendapatkan wang di tengah kota. Tak banyak cerita Melayu yang bagus seperti ini sekarang ni.
Ulasan
Catat Ulasan