Melayu tidak mahu sewakan rumah kepada bukan Melayu. Adakah ianya rasis?
Baru-baru ini saya sering melihat iklan di YouTube tentang seorang bangsa India yang ditolak oleh ejen hartanah kerana pemilik rumah tidak mahu menyewakan rumah kepada bangsa India. Walaupun iklan ini nampak seperti rasis, sebenarnya tidak semestinya begitu.
Berdasarkan pengalaman saya, kaum bukan bumiputera juga sering tidak mahu tinggal bersebelahan dengan rumah Melayu. Salah satu sebabnya ialah kerana mereka ingin memelihara anjing, iaitu binatang yang orang Melayu tidak suka. Bagus juga ada pembeli yang menjaga sensitiviti setempat. Jadi, kadangkala penolakan boleh berlaku dari pihak pembeli atau penyewa. Bukan dari pihak tuan rumah sahaja.
Untuk kes penjualan rumah, penolakan dari ejen hartanah biasanya berkait dengan Bumi lot atau Rezab Melayu. Ini adalah tertakluk kepada undang-undang. Tetapi ada juga pemilik Melayu yang tetap tidak mahu menjual rumah kepada bangsa lain walaupun rumah mereka bukan bumiputera lot ataupun rezab Melayu. Kes sebegini selalunya berpunca dari pemintaan jiran sebelah yang bangsa Melayu yang risaukan jika jiran baru menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka nanti. Selalunya disebabkan anjing. Kes penolakan ini selalunya berlaku untuk rumah atas tanah dan bukan rumah bertingkat. Untuk rumah bertingkat, selalunya pemilik dan jiran tidak kisah jika rumah tersebut dijual ke bangsa lain.
Dari pengalaman saya selalunya sebab takut jiran baru bela anjinglah. Pengalaman orang lain mungkin berbeza. Jadi, kita tidak seharusnya menganggap ejen hartanah atau pemilik rumah sebagai rasis tanpa memahami situasi sebenar. Saya harap penjelasan saya dapat memberikan gambaran yang jelas tentang isu ini
Ulasan
Catat Ulasan