Jambatan Pulau Pinang






Jambatan Pulau Pinang adalah daya tarikan utama ke negeri ini.Jambatan terpanjang di Malaysia ini mula dibuka pada tahun 1985 dan mempunyai panjang sejauh 13.5km.Laluannya ditambah sejak 2 tahun dulu bagi mengurangkan kesesakan.



Hanya org2 mainland yg tabah je yg boleh kerja kat Pulau.Hanya 3 option saja yg ada utk org2 ini.1 ialah jambatan.2 adalah ferry.3 adalah beli hovercraft,helikopter dan sbg.Saya pernah menjadi salah seorang dari mereka utk 1 bulan.Mmg susah.nasib baik ada bas free atas ikhsan Kerajaan Negeri dan Rapid Penang.So masalah kesesakan tu kitorang handover kat driver bas lepas tu boleh relax.Yg penting bagi kitorang,sampai ke pick-up point on time sbb bas ni mmg jalan on time.Kita juga boleh tgk live dari cam utk mengetahui status kesesakan dari portal penang bridge.



Pada awal pembukaannya,ramai org akan berenti di tengah jambatan utk bergambar.Saya pun pernah bergambar kat tengah jambatan dulu.Sekarang,nak berenti tgh jambatan pun x berani.



kadar tol yg dikenakan adalah MYR7 semasa anda memasuki Pulau Pinang.Masa keluar pulau,FOC.Utk sesapa pakai Touch N Go yg dibeli kat Jambatan,hanya MYR5.6 saja dikenakan.Mmg murah tapi kalau sebulan berkali2 masuk pulau,beratus ringgit gak habis kat jambatan.


Di samping boleh melihat laut,pulau2 kecil,dari Jambatan ini juga,anda boleh tengok Jambatan ke 2 yg sedang dibina.
Jambatan Pulau Pinang tidaklah dibuka sentiasa.Ada kalanya ditutup atas tujuan2 tertentu.Contohnya tiap2 tahun akan ada larian Penang Bridge.
Yang pasti,pengalaman menaiki jambatan pulau pinang adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi orang yang tak bekerja di Island. 

Wedding Photography by NZRPhoto http://nzrphoto.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan