Krabi Night Market(GPS:8.063627,98.91592)

Selepas parking kereta ditepi jalan,kami pun berjalan kaki ke pasar malam ni.Basically pasar malam ni sama je mcm pasar malam di Malaysia cuma barang yg dijualnya lain sikit.Kat sini peniaga muslim mungkin cuma 30% saja.So kena tgk tanda halal atau bulan&bintang.


Ruang makan juga disediakan tapi kena campur dgn non halal food.Kami tak makan pun kat sini.Beli dan tapau balik hotel.Kebanyakan makanan kat sini dijual dgn harga THB20.Boleh kata sebenarnya makanan kat Thailand ni mahal berbanding Malaysia.Kat Malaysia rata-rata harga bermula dari MYR1 tapi kat sini 2 kali ganda.


Bagi saya yg paling unik adalah persembahan dari para remaja dan kanak2.Persembahan pula adalah dlm kategori moden dan tradisional.



Satu lagi unik kat sini adalah kecekalan pakcik OKU yg berniaga belon.Walaupun tanpa tangan,dia berjaya buat pelbagai bentuk belon dgn cantik.So jgn lupa support pakcik ni mencari rezeki.






Kanak2 buat breakdance atas tar

Lepas 1 jam kami disini,kami pun pulang ke hotel.Kesimpulannya pasar mlm ni wajib dikunjungi.Ada point yg Malaysia lagi bagus dan ada point Thai lagi bagus.So experience it yourself.

1 ulasan:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    BalasPadam