Krabi to Malaysian border


Traffic cantik yg terdapat di Krabi

Setelah makan pagi,kami pun memulakan perjalanan pulang ke Malaysia dan waktu sudah menunjukkan pukul 10am.Perjalanan kami akan mengambil masa 4 jam lebih.

Antara pemandangan cantik yg ada ditepi jalan

Stop sebentar utk bergambar


Ada peniaga yg datang ketuk tingkap kereta kami utk jual mempelam unik nih.Kami pun beli.


Cuba teka apa rasanya?Saya ingatkan asam.Rupanya yg merah tu ialah cili api.Pedas!!!

Belok kanan utk ke Penang.Kalau terus boleh sampai Sg.Golok dan Kelantan.

Sampai saja kami ke sempadan,jalan dah jam dgn kenderaan Malaysia yg nak balik.Kesesakan sepanjang 1km.Tapi jangan balik dulu.Singgahlah ke pekan Danok.
Anda mungkin tak jumpa apa yg anda cari kat Krabi.So ini adalah last spot anda untuk mencari sesuatu yg anda inginkan di Thailand.

Pulut durian


Kat Thailand safety awareness diorang kurang.Dari budak kecik sampai la org dewasa.
Carilah parking ditepi jalan dan pasti pekan ini tak akan kecewakan anda.Kat sini MYR diterima.Kalau anda beli barang dgn THB,jangan terkejut kalau baki anda dipulangkan dgn 2 matawang(MYR+THB).Ex-rate kat sini tak ikut standard semasa.Sini kira 10THB=1MYR.

pulut mangga yg best
Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan